Thursday, July 24, 2014

Dalam kenangan

Lagi 4 hari je nak sambut raya. Alhamdulillah, sume preparation dah siap awal2. Baju raya, kuih raya, duit raya aku da prepare awal2. Mood memang rasa excited sebab anak dara dah beso..da boleh makan macam2, dah boleh merangkak, berjalan selangkah dua. So, semestinya persediaan lebih pada anak dara.  Kasut raya dah beli siap ade bunyik2 lagi. Baju kurung aje 3 pasang, baju gaun 3 pasang.

Tapi tetibe dari semalam aku rasa cam sayu je….hati ade merindu seseorang. Seseorang yang sangat2 aku sayang dah kasih. Tapi seseorang tu dah x de lagi, ye…..dah meninggal dunia…iaitu FIL ak, arwah Hj.Isnin bin Mahmot.

Seriously, bila teringat air mata mesti mengalir..Banyak sangat memory dgn arwah. Arwah ayah sangat2 baik dan penyayang. Walaupun ayah seorang yg tegas tapi ayah memang sporting sangat. Ayah merupakan pencen guru kanan. Dalam pada tu jadi guru mengaji jugak pd anak2 dan iman sekali sekala di surau yg selangnya cuma 1 rumah je. 

Ayah seorang bapa yang penyayang dan suami yang romantik pada aku. Suka sangat tengok bila ayah bergurau senda dengan ibu. Selalu jugak ayah menyakat ibu. Memang aku kagun sangat dengan keperibadian ayah. Kat kampung boleh dikatakan ayah sangat dikenali. Sampaikan ke anak murid semua menghormati ayah.
 Dan pada aku ayah dah berjaya mendidik semua anak2 ayah menjadi manusia yang berjaya dan berguna. Memang aku sangat menghormati arwah. Aku berharap keperibadian ayah akan jatuh pada abi Aimi terutama dalam mendidik anak dan menjaga kebahagiaan keluarga kami.

Raya ni, merupakan tahun kedua tanpa ayah. Aimi yang tak sempat nak jumpa dan kenal dengan arwah. Aimi tak dapat nak panggil ayah dengan gelaran Tok Ayah. Bila di ingat balik masa aku dgn abi Aimi tahu yg aku preggy, memang aku sangat2 terkilan. Kononnya nak buat surprise pada semua orang sebab masa tu tak sampai sebulan. So tunggu la masa yang sesuai bila balik kampung nanti baru announce kat sume. Tetibe satu hari, dapat call dari angah (kakak ipar aku) bagi tahu ayah dah x de. Memang aku x percaya dan terkedu sebab masa balik kampung sebelum tu ayah sihat sangat. Cuma ade la batuk2. Tu pun sebab ayah memang merokok.

Masa dapat panggilan tu, aku tengah sibuk dekat kedai. Abi Aimi pulak ade keje dekat Kuantan. Kelam kabut di buatnya. adik ipar datang jemput, dan alhamdulillah kitorang sume termasuk abi Aimi yg dari Kuantan sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan. Sepanjang perjalanan masa nak balik kampung tu memang aku menangis je. Akhirnya niat nak buat suprise untuk semua, jadi lain. Kami yang kena "suprised".

 Memang terasa ralat sangat, kalo la boleh di putar balik memang nak sangat bagitaw pd ayah yg ayah akan jadi atok. Ayah memang teringin sangat nak cucu, Aimi cucu sulung dalam family abi Aimi. Tapi ade cucu angkat,  Fya anak kepada angah. Time angah keje, akan hantar ke rumah ibu. So arwah dengan ibu la yg akan jaga. Memang nampak la baik ibu mahupun ayah sangat sayang pada Fya. Aku dah terbayang yg Aimi juga akan dapat kasih sayang dan perhatian yg penuh mcm tu. 

Pemergian ayah memang sangat mengejutkan, ayah tak de sebarang penyakit. Pagi sebelum meninggal tu, ayah sempat lagi pergi ke paso pagi dengan ibu. Siap ngeteh lagi. So memang ayah ade jumpa org2 kampung. Balik dar paso, duduk2 depan TV dengan ibu sambil borak2. Ibu bangon kejap nak ke dapor. Bila ibu ke depan semula, ayah terus dah tak de. Ayah pegi dengan senang. Satu kampung terkejut sebab pagi tu ayah nampak sihat. Masa nak cium jenazah, muka ayah sangat tenang. Ayah memang layak dapat macam tu sebab ayah sangat2 baik.

FIL arwah ayah, Hj.Isnin Bin Mahmot dan MIL ibu, Pn. Nurianah@Halimah Binti Salikin

8 tahun (2005- 2012) aku mengenali ayah, sepanjang tu ayah menganggap aku mcm anak kandung sendiri. Rasanya ayah lg syg aku dari abi Aimi sendiri. Tiap kali datang sana dan nak balik sebelum kahwin dgn abi Aimi, ayah mesti peluk dan ciom aku. Memang aku rasa janggal sangat. abi Aimi sampai jelouse. Bila dusun berbuah, mesti ayah akan mesej " Dusun dah berbuah, kalau nak makan buah-buahan balik le kg ". Dan bila tiap kali datang, memang ayah dah simpan siap2 buah-buahan tu. Bila nak balik mesti dibekalkannya buah-buahan tu. Nasib baik ayah sempat tengok aku dan abi Aimi naik pelamin.

Ayah seorang penasihat yg terbaik. Pendapat ayah sangat bernas. Ayah tak pernah memburuk kan orang lain. Sentiasa berfikiran positif. Sepanjang 2 tahun ketiadaan ayah, banyak perkara yang terjadi. Ada masa sampai aku menangis mengenang kan ayah yg tak de. Tak de lagi tempat untuk kami semua mengadu dan minta pendapat.

Semoga arwah ayah tenang di sana. Kami, anak cucu ayah sentiasa mendoakan ayah. Tak sempat anis nak ucapkan terima kasih pada ayah atas semua kebaikan dan keperihatinan ayah pada anis. Anis bersyukur sangat dan rasa berbangga mempunyai FIL seperti ayah. 

الفاتحة buat arwah ayah….




p/s: Seandainya ayah masih ada, banyak sangat yang anis nak ceritakan pada ayah.




No comments:

Post a Comment