Setelah cuti dari Jumaat hingga Isnin, dan hari ni baru nak masuk office semula.
Alahai……jadi lemau……Segala macam rasa ade.
Dahla pagi tadi nak keluar rumah, anak manja tu boleh bangun plak. Dah, merengek2 nak ikut. Dah sedap kene layan selama beberapa hari ni kan?
Ni abi la ni.. Manjakan sangat anak, di ikutkan je ragam nya. Ummi memang dah agak akan jadi macam pagi ni.
Sayu plak hati tinggalkan Aimi tadi, menangis siap ngan kaki nya sekali tu.
Masuk office, da berkumandang lagu raya. Sakan secretary, Kak Ghina. Puasa baru 3 ari kak.
Tapi sebab mood dah kelaut, just ignore je la. Dari pagi sampai nak masuk ke tengah hari, cuma melangut je la. Kerja banyak je nak kena buat. Nasib baik bulan puasa, kalo tak memang dah pergi minum-minum je ngn opismate ni.
Dalam office pun tak semeriah macam biasa. Ape hal korang ni? bulan puasa, suara pun puasa jgk ke ape?
Kalo tak, ade je cerita yang melucukan. Sampai sakit perut ketawa.
Betol la, suasana memainkan peranan penting. Bila dalam office x ceria, mood pun ikut sama x ceria. Bukan aku sorang je Tuesday bluess ni, aku tengok semua orang pun macam tu.
Berjam-jam aku cuba cipta mood, paksa budak2 ni buat call. Cepat-cepat, aku nak sedut aura korang. Hurm, tak de maknanya..
Tengah syok-syok melangut, perut lak rasa x best. Tanda-tanda macam cik P nak datang je. Baru je bercadang nak bagi Aimi adik. Bahahaha…
Kalo cik P datang awal2 puasa, comfirm raya pun akan awal..Jangan datang masa 1st raya sudahla… Kang mood nak beraya pun jadi spoiled.
Ikutkan hati macam malas je la nak masuk office, tapi memandangkan nak kena pergi Bangsar untuk collect beberapa cheque client. Pergi juga la. Ade chance balik awal la ni. Walhal bulan puasa waktu bekerja dah di awalkan. Balik jam 4.00 petang.
Ok la, sekian laporan dari aku untuk aktiviti hari ni ya.
Berharap masa cepat berjalan.
No comments:
Post a Comment