Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.
Ada pun sekiranya dia berbuka puasa dengan tujuan mengadakan hubungan kelamin, ulama memberi dua pandangan yang tersohor seperti berikut:
Pertama : wajib ke atasnya kaffarah. Pendapat ini merupakan pandangan ulama dari mazhab Malik, Ahmad dan Abu Hanifah. Hujah mereka puasa adalah amalan yang difardukan ke atas setiap mukallaf yang cukup syarat-syaratnya.
Menahan nafsu
Puasa itu sendiri bermaksud menahan diri daripada makan dan minum. Maksudnya adalah haram ke atasnya makan minum tanpa sebarang keuzuran.
Sekiranya dia makan mahu membatalkan puasa dia berkewajipan memelihara perkara-perkara yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.
Justeru itu, perbuatannya membatalkan puasa sudah menjadi suatu perbuatan yang berdosa malah ditambah dengan suatu yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.
Jadi dua kesalahan, kesalahan pertama kerana membatalkan puasa dengan makan wajib diganti dengan hari yang lain. Kesalahan kedua ialah melakukan persetubuhan di siang hari di bulan Ramadan.
Kumpulan ulama ini juga berpendapat sekiranya tidak dikenakan kaffarah bersetubuh di siang hari, bulan Ramadan akan dilihat suatu yang biasa.
Kaffarah dielakkan dengan memakan terlebih dahulu. Ini merupakan satu helah dalam memandang ringan terhadap amalan yang menjadi rukun dalam Islam.
Kedua : Tidak wajib kaffarah, ini menurut mazhab as-Syafie. Hujah bagi mazhab as-Syafie ialah puasa itu terbatal dengan makan. Maka keadaan orang yang telah batal puasanya adalah seperti orang yang tidak berpuasa, dan tidak terikat dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadan didahului dengan membatalkan dengan memakan, maka tidak wajib ke atasnya kaffarah.
Namun demikian setiap kita maklum bahawa bulan Ramadan bukan sahaja menuntut kita menahan diri daripada makan dan minum tetapi melatih kita menahan nafsu. Justeru kita dituntut memelihara kemuliannya. Allah s.w.t. menghalalkan dan mengharuskan suami mendatangi isterinya di malam-malam Ramadan.
Terdapat suatu pertanyaan mengenai hukum melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan. Soalannya seperti berikut:
Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.
1. Apakah hukumnya?
2. Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?
Jawapan
1. Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
1. Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
3. Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
2.
Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

No comments:
Post a Comment