Thursday, April 22, 2010

Pelamin majlis pertunangan




Majlis pertunangan merupakan satu majlis yang sederhana. Tidak perlu sehingga berhabisan duit kerana majlis yang berlangsung secara ringkas ini sudah memadai dihadiri oleh sanak-saudara, teman rapat dan juga jiran terdekat sahaja. Menyentuh keperluan majlis pertunangan, pelamin merupakan antara perkara utama yang perlu diambilkira selain busana pertunangan.

Apa yang membezakan pelamin pertunangan dengan pelamin nikah? Pelamin pertunangan selalunya lebih ringkas dari segi keseluruhan dekorasi dan kelengkapan. Perkara asas yang perlu ada hanyalah bantal pandak, backdrop, scallop dan bunga umpamanya sebagai perhiasan.

Apa yang boleh anda peroleh dengan bajet rendah, sederhana dan mewah?

Bajet rendah (RM500 ke bawah)
Tanpa pentas
Bantal nikah
Backdrop
Scallop
Bunga tiruan
Pelamin bersaiz kecil

Bajet sederhana (RM800-RM1000)
Pentas
Bantal nikah
Backdrop
Gabungan bunga tiruan dan bunga segar
Scallop
Pelamin bersaiz lebih besar
Vas perhiasan

Bajet mewah (RM1500)
Kerusi Cleopatra jenis rendah
Lilin
Karpet
Pentas dan Backdrop
Lampu/ pencahyaan yang lebih menarik
Saiz pelamin yang lebih besar
Bunga segar (seperti lili, carnation, dan ros)

pilihan di tangan anda...

No comments:

Post a Comment