Hari ni aku buat ujian PAP SMEAR kat klinik kerajaan. Last week lagi nak buat sebenarnya, masa tu g klinik dah isi form, puan misi tanya bila last cik P habis. Kebetulan time tu baru habis 4 hari so x boleh la nak buat. Syarat die mesti habis cik P selepas 10 hari. Tak boleh buat seks dengan partner korang dalam tempoh 24jam. Tu yang puan misi bagi tarikh hari ni...Aku dah excited nak buat masa tu, ye la dah berbulan-bulan suh buat, baru sekarang get ready nak buat. Takot…hahaha..
Kejap je rupanya prosedur nya. Aku siap tanya lagi puan misi sakit ke tak? puan misi cakap tak cuma tak selesa je. Sengal kan….main boleh je tahan kalo sakit pun…hahahahah…oppss!!…budak bawah umo sila tutup mata ye...Ternyata bila dah buat memang tak sakit pun.
Mulanya memang aku malu giler. Aku rasa ramai lagi wanita kat luar sana yang belom pun buat ujian PAP SMEAR ni sebab MALU. Ye la, baring terkangkang pehtu tunjuk lak "kita punya" tu kat doktor/ misi dalam keadaan sedar. Memang sesuatu yang amat memalukan. Time bersalin dulu lainla, sebab dah sakit tak fikir ape da. Lagi pula kalo dapat doktor lelaki, comfirm aku request suh tukar yang satu jantina ngan aku. Kurang sikit malu.
Hurm..tapi next time bersalin aku nak request doc perempuan. Bukan la pasal malu tu tapi sebab aurat. Walaupun dari segi perubatan dibenarkan tapi kalo de option lain, why not kan. Pengalaman bersalinkan Aimi masa tu memang tak de knowledge, then tak terfikir langsung pun pasal doc apa yang patut sambutkan Aimi. Memang khilaf aku la.
Tapi, ujian PAP SMEAR ni sangat penting. Ianya mudah dan tak sakit. Kanser servik ni adalah kanser ke2 paling kerap berlaku dikalangan wanita. Boleh dikesan awal melalui ujian pap smear. Kalo terkena kanser ni boleh bawak maut beb!takot tak?ngeri tak? Ha,,g cepat2 buat. Aku tanya puan misi result bila keluar, die cakap dalam masa sebulan nanti pihak klinik akan call untuk inform. Kalo de masalah kena la buat 6 bulan sekali. Tapi kalo OK setahun sekali dah memadai. Hope so, result aku tu OK. Takut jugak ni.
Perasaan time ni, nervous ada, takut ada, malu pun ada.
Alat yang digunakan, Vaginal Speculum ni la yang akan dimasukkan
ke dalam alat sulit kita
OKE, aku share sedikit info tentang PAP SMEAR dan prosedur-prosedur untuk korang ya,
Adakah ujian itu menyakitkan?
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
|
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
- Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
- Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
- Apa yang patut dilakukan seterusnya :
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Rujukan.
- Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
- Ministry of Health, 2002. Annual Report
- Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer
No comments:
Post a Comment