Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, trend tahun ni salam kosong-kosong. Kemain ringkas lagi nak minta maaf, ngan aku2 pun terikut sama ayat tu… kalo dulu " saya minta maaf kalo selama ni ade salah dan silap, terkutuk, terambil dan segala terrrr la…."…
hahaha, kemain kuat pengaruh TV ni. Kan? tak kisah la kan….yang penting hati tu ikhlas minta maaf.
hahaha, kemain kuat pengaruh TV ni. Kan? tak kisah la kan….yang penting hati tu ikhlas minta maaf.
Neway tak terlambat lagi kan nak wish…raya sebulan kot….hehee…cuti raya seminggu, isnin da start masuk opis..tapi mood still lg mood raya…so bila masuk opis pun lemau je jadinya….ni pun dari sehari-ke-sehari nak update entry terbaru.
OK tak yah buang masa nak intro panjang2…1st raya tu, kami beraya di kampung aku. Actually tahun ni turn kampung abi Aimi tapi sebabkan Sabtu raya ke-6 ada wedding kawan abi Aimi maka tanpa berbincang dengan aku, abi Aimi terussss baik je nak bagi turn pd aku. Yang tak adil tu raya 1st tu gak nak gerak balik kampung abi Aimi dekat Johor...Kemainnn baik je die pancing, dalam diam da buat plan sendiri. Nasib baik la aku mengenang kan sepanjang bulan puasa da memang kat Tanjung Malim je, so redha je.
Malam raya tu tetibe badan Aimi panas…Sabtu tu badan Aimi tumbuh bintik2 merah macam kena gigit nyamuk.. Aku dah syak Aimi kena chicken pox. rasa down gak la sebab aku dah berangan kecomelan Aimi akan terserlah bila pakai baju2 raya semua..hahaha, poyo kan…sape lagi nak puji?hehehe…
So malam-malam raya tu kitorang bawak Aimi pergi klinik. MO suruh pergi hospital untuk ambil darah untuk comfirmation, tapi abi Aimi tak nak. Takut Aimi kena tahan ward, kang tak jadi beraya kat Johor. Ceghedik kan?
Muka Aimi masam je sebab badan tak sihat
Pagi raya tu lepas sembahyang raya, makan-makan, salam-salam dalam pukul 11 jugakla kitorang bertolak. Sempat jugakla pagi tu aku bersilat kejap kat dapur. Kitorang terus ke Melaka kampung arwah ayah. Da memang tiap tahun raya 1st lepas berkumpul kat Johor, family abi Aimi akan beraya kat Melaka.
Meet point dekat Melaka. yang baring dekat kaki abi Aimi tu adik yang no-4 Cikgu Ijan, aimi panggil ancik. Yang tergendeng tu adik no-5 Apip @ adik @kodek masih study dekat UIA. Aimi panggil ateh.
Selesai berkunjung ke semua rumah saudara-mara belah arwah ayah dekat Melaka, dalam pukul 9 kitorang gerak balik ke Johor. Sebelum tu, sampai kat Muo kitorang pergi Hospital nak check Aimi. Doc cakap memang Aimi kena chicken pox. Kesian Aimi, dah menggaru je keje nya. Kesian gak kat aku dengan abi Aimi. Aimi ni punya pe'el kalo tak sihat die tak nak ngan sapa2. Pantang kitorang hilang, mula la nak menangis. Dah aku langsung tak boleh nak nolong buat keje. nak kena duduk je depan die. Yang bagus nya plak walaupun tak sihat Aimi ni tetap aktif. Melasaknya sama je macam sihat. Tu yang aku rasa lega.
Dah start nak tumbuh dekat muka. Style baru bila nak bergambo,
macam gini la ghupe nye. Lawo sangat la tu…
Dah pandai salam dengan orang.
Ni nenek abi Aimi, Pn. Rosmi. Aku panggil embah, abi Aimi panggil mak. Aimi plak panggil yut (buyut). Rumah embah sebelah rumah MIL je. Hari biasa embah tinggal dekat rumah ibu, raya ni embah "balik kampung" juga. hehehe….Alhamdulillah masih sihat wal'afiat lagi embah ni, cuma kaki je dah tak berapa kuat. Walaupun dah uzur, embah tak pernah tinggal solat. Cukut jaga waktu solat nya. Semoga embah dipanjangkan umur dan sihat wal'afiat hendaknya. Ramai lagi cucu-cucu belom kawen, harapnya sempat tengok sampai ke cicit. Amin…
Aimi dah kepenatan..sebijik gaya tido cam abi die, da tido tak sedor ape2.
Pic family sebelah aku ramai2 banyak tapi masih belom sempat nak transfer ke lappy. Pic raya dengan family abi Aimi pun masih dekat kedai lagi. Tu pun pergi tangkap masa raya ke-2. Kebetulan tahun ni semua adik-beradik abi Aimi ada. Bukan senang nak dapat complete macam tu. Family aku plak ateh yang tak sampai lagi. So layan pic kitorang anak-beranak je la ye.
Btw both our family banyak persamaan. Adik-beradik kitorang ada 7 orang. Aku dan abi Aimi, kitorang sama2 anak ke-3. Yang sulung sebaya. Yang 2nd pun sebaya. Yang 3rd kitorang pun sebaya juga. yang ke-4 ade beza umur. Yang ke-5 pun sebaya. Along (kakak abi Aimi) dengan ateh (adik aku) sama2 berkhidmat dengan kementerian kesihatan sebagai Misi, cume lain2 hospital. Banyak lagi persamaan dan kebetulan kitorang berdua ni. Tu la gamaknya jodoh panjang. dah 10 tahun kot…lamanya…alhamdulillah…moga2 sampai ke jannah hendaknya kita ni ye B...
Bulatnya aku…..
Tengok pic ni, rasa kecewa je…hakikatnya aku dah gemok. aish…..stress!!! 2 hari lepas timbang dah 55kg. OMG!…terserlah kebulatannya dekat pipi tu. siang tadi pun aku asyik dok belek muka kat cermin je…da nampak double chin tu. tak boleh jadinya..alahai….camne nak diet? weekend sepanjang bulan syawal ni pack dengan open house. hujung minggu ni aje hari sabtu ade wedding officemate, petang tu ade open house…ahadnya pun ade open house jugak…uwaaaaaaaaa….
No comments:
Post a Comment