salam pada korang semua.
hari ni aku nak story pasal sorang mak cik ni.
mak cik ni aku kenal sebab dia kerja dekat kedai makan sebelah kedai aku.
Promote jap ye,datangla ke Bistro UnikL, Jalan Sultan Ismail.
nama dia wahyu,tapi aku panggil dia mbak yu sebab dia dari seberang.
okey,balik pada cerita mbak yu ni, mula-mula dulu aku panggil dia akak sebab aku kira umurnya dalam 40-an.bila dah lama-lama, berborak la kitorang..nama pon jiran.
bila da selidik-selidik, rupa-rupanya 'akak' ni umur dia 55 thn.lagi tua dari mak aku. aku memang tak percaya gila.sebab kulit dia tegang, payudara dia pon still tak kendur. dan gagah lagi dia bekerja. kerja dia kat kedai makan tu cuma cuci pinggan. umur 55 thn tapi kuat lagi. mak aku sendiri pon dah tak larat nak berdiri lama-lama.tapi mbak yu ni relax je and steady lagi.aku memang terkedu la tengok. aku saja la tanya apa rahsia dia.dai cakap makan bunga kemboja.arh! tak percaya la aku. mana tak nya dia pun cakap sambil gelak-gelak.ada pula makan bunga kemboja.tanam kat kubur je aku tahu.
so,bila dah tahu umurnya secara automatik nya aku terus panggil dia mbak yu. tapi kekdanag tersasul juga panggil akak. En.tunang lagi best. panggil ngok yu..aku first time dengar memang terbahak-bahak gelak..ada ke plak ngok yu.ingat bongok ke?lawak betul awak ni.
then tadi, mbak yu ni mengurut en.tunang sebab en.tunang punya leher terkehel mase main gym.extreme sangat la kata kan.
sambil-sambil mbak yu mengurut, aku pun korek-korek la rahsia dan petua nya.
rupa-rupanya dia amal minum air rebusan daun sirih dan makan kelopak bunga mawar/ros. dari dia kat Indonesia lagi dia dah amalkan.
kalau korang nak tahu suami dia lagi muda dari dia, muda 20 tahun..dia kahwin ngan suami dia masa dia 45thn and husband dia 25 thn.masa tu dia janda anak 4.
aku dapat bayangkan masa tu mesti dia still hot lagi.sebab sekarang ni pun kulit masih tegang, muka bersih, breast pun tak kendur lagi.
aku kena tuntut ilmu kat mbak yu ni.mbak yu cakap nanti dia nak buat air rebusan daun sirih tu bagi aku rasa. apa la rasany agak nya ye. aku ni dahla tak suka ubat-ubat jenis liquid ni.pil boleh lagi nak telan.tapi tak pe,aku cuba demi kecantikan di hari tua.huhu....jangan termuntah dahla.
tapi setakat ni pun aku ada makan jamu juga.jamu anak dara keluaran Mak Dara.tapi kekadang aku terlupa nak makan.camne nak berkesan?huhu...
by the way, pada korang semua kalo ada amalkan apa-apa petua kecantikan diri share la dengan post kat ruangan komen atau pun chat kat sebelah ni ye.teringin juga nak mantap dan power.haha...
No comments:
Post a Comment