Thursday, May 6, 2010

di sebalik makna cincin yang di beri....

Ramai mengandaikan bahawa cincin di jari manis bukan memberi apa-apa. Di zaman moden ini, cincin di jari manis bukan lagi melambangkan si gadis sudah berpunya atau belum. Cincin di jari manis tidak lagi menandakan bahawa gadis itu tidak boleh dikacau kerana dia milik orang.

Namun bagi aku yang masih berpegang dengan adat dan budaya, cincin yang di beri amat bermakna.Di sebalik kisah cincin yang ada di jari manis ku ini, menyingkap seribu makna.

Memang kita tidak boleh beranggapan bahawa nilai kesetiaan terletak di jari manis tetapi dihati. Namun, kita lupa, dengan perbuatan luaran boleh mengikat rasa dalaman. Ya, dengan perbuatan memakai cincin di jari manis menandakan kita menghargai ikatan itu. Ikatan yang tak mungkin boleh digugah dengan mudah. Kerana itu disyaratkan cincin dipakai dijari manis. Dan bukan jari yang lain-lain.

Cincin di jari manis punya makna yang tersirat. Dari sudut budaya dan adat, ia melambangkan kita sudah berpunya dan perlu kesetiaan dan kebahagiaan untuk melihat kemanisan cincin di jari manis itu.

Ia juga tanda bahawa kasih kita yang abadi pada si pemberi.

Kata orang tua dulu-dulu,kalau nak sarungkan cincin biar di jari manis sebelah kiri sebab di situ terdapat urat nadi (vein) yang terhubung langsung ke jantung.

Dan aku percaya kerana saat dia menyarungkan cincin di jari aku, saat itu kasih aku telah tertumpah untuk dia.

Dan aku percaya magis cincin itu.


No comments:

Post a Comment