Friday, July 11, 2014

Snow Bear Auto Single Breast Pump


Isnin ari tu aku ade beli breast pump online. Hari Selasa da sampai sebenarnya..
Tapi sebab sibuk sangat, tak sempat pun nak try. Just aku buka and check samada parts tu complete ke tak.


Dan hari ni baru berkesempatan untuk try.. Anak dah setahun baru nak beli…Kan….

Actually masa Aimi dalam pantang aku pernah beli tapi yang manual. RM100…
Tak berapa best pakai sebab tangan jadi sakit bila kerap sangat pump. Then susu pun x banyak sangat boleh sedut. Mula-mula memang la banyak tapi lama-lama jadi kurang. 
Tapi aku tak salah kan pump tu la coz silap aku juga. 

Masa mula je aku excited nak buat stok. Sebab Aimi memang sentiasa ada depan mata aku, So lagi senang untuk aku direct breastfeed je. Dan sebab Aimi juga tak nak hisap botol. Yang pelik nya, kalau isi air masak dalam botol , die nak pula hisap. 

Tak la pula aku nak pergi beli botol-botol susu yang memahal tu cam jenama tommi tippe la, avent la, mami ke mimijumi ke ape- ape benda la.... Haish….gilosss ke apa, kecik-kecik anak dah demand nak yang memahal.

So memang aku fully breastfeed Aimi sampai la aku bekerja semula. Masa tu aku bagi FM je…Kebetulan pula aku rajin request free sample. So memang banyak la sample susu aku dapat. Macam-macam brand ade.. Yang terbaru aku dapat dari Friso 700g ko….sempena besday Aimi hari tu. 

Tapi mak aku cakap Aimi kurang menyusu. Siang sekali je Aimi menyusu tu pun 4oz je..Sikit tu….Tapi bila malam, memang Aimi balas dendam kat aku. Sampai aku tak lena nak tidur. Aimi kerap bangun nak menyusu. Ade gak aku rasa nak hangin, tapi aku pujuk diri sendiri la " tak pe la, siang da kena tinggal seharian… kesian anak ummi "

Dah lama sebenarnya aku nak beli breast pump yang elok sikit. Dari awal tahun lagi aku dah survey. Aku rajin like page barangan baby. So, banyak brand aku dah review. Ada yang aku berkenan tapi mahal aku rasa.. Kalo dah sampai RM400 , macam tak berbaloi je nak beli. Medela lagi la…..sampai 2k….kalo buat installment pun memang tak la aku nak beli. Walaupun orang cakap best pakai, tapi kalo tak rajin gak nak pump, tak de mau nya susu tu nak keluar. Lagipun bukan susu tu keluar jadi rasa milo ke…lagi berkualiti ke…sama je…Kalo korang kayo-rayo, tak pe la…depends la.

Setelah aku survey, aku rasa Snow Bear yang ramai orang pakai. Bersesuaian dengan budget mommies-mommies dan quality nya pun oke. So, aku buat lagi survey page mana yang jual dengan harga murah

Finally, aku jumpa. Dan aku rasa kat page ni memang paling ramai mommies-mommies beli sebab tengok feedback dari customer.

   FB: BreastPumpsMurah

Siyes murah.. aku beli Snow Bear tu RM229 + free gift lagi and free pos.
Banyak lagi brand breast pump kt page tu. Dan semua juga memang murah compare dengan page lain. Tak caya, korang survey la.

Dengan belian set Snow Bear RM229 ni aku dapat :

+ FREE Bag Cooler Vcool 2-in-1
+ FREE 2 ice pack powder  - ni untuk sejukkan stok susu
+ FREE 10 plastic storage  - untuk simian stoke susu
+ FREE cabel untuk Power Bank - tapi power bank tak provide la.
+ FREE 2 botol storage

 Snow Bear ni boleh gak guna botol wideneck atau botol standard yang lain untuk pump. Di datangkan dengan kuasa elektrik dan battery, ada warranty selama 2 tahun.

Hasil dari percubaan aku tadi, apa yang aku boleh cakap pump ni memang sangat ringan, comel je. Senyap dan tak rasa sakit langsung. Ade 3 jenis suction dan 3 jenis speed.

Hasil pump nanti aku share lain ya. Sebab aku baru nak start buat stok, jadi ambil masa gak nak penuh. Kalo mommies-mommies yang memang buat stok dah tahu kan konsep " more demand,  more supply ".
So aku kena apply dulu konsep ni kalo nak dapat hasil perahan yang banyak.

Aku memang bercita-cita nak fully breastfeed Aimi sampai 2y. Banyak benefit nya kalo BF baby. Salah satu nya boleh maintain berat badan..Yang ni aku suka, sebab alhamdulillah berat aku maintain je. Ade gak yang x caye aku dah kawen and ade anak..Bhahaha…kembang kejap ko….

Lagipun bagus juga untuk baby. Especially untuk perkembangan minda anak. Susu ibu adalah yang terbaik dari segala susu yang ade kat pasaran tu. Bio la produk tu cakap bagus utk perkembangan minda la, ade DHA la..ape-ape la…Susu ibu juga baik untuk sistem immune anak. Setakat apa yang aku tegok dekat Aimi, Aimi menag jarang sakit dan kalo pun tak sihat macam demam, Aimi still aktif. Tak de plak die melepek ke ape, just merengek je la..Manja nya tu jadi lebih nak berkepit je..Tu normal la kan….Kita pun kalo demam nak perhatian lebih….

Tapi aku tak la menolak bulat2 susu formula ni. Sebab tak semua mommies diberi rezeki untuk BF baby sendiri kan. Macam akak aku, dua-dua anak die dari dalam pantang dah di bagi susu formula sebab memang susu badan tak de langsung. Dat's y, dari situ lagi aku memang dah tekad nak BF sendiri anak aku. Memang aku dah mind set awal-awal dari aku preggy lagi aku nak BF. Dan alhamdulilah, Allah kabulkan. Even sekarang cuma malam je aku menyusu Aimi, tapi alhamdulillah susu badan tak stop.

Dari Aimi lahir sampai umur 6 bulan memang aku berkeras untuk bagi Aimi susu badan semata-mata. Mak aku bising gak sebab takut Aimi tak kenyang la, ape la. Tak kenyang ape nya mak? montel je Aimi ni dari lahir sampai sekarang. Tiap bulan timbang berat naik je.. Mak aku curi-curi gak bagi Aimi tu makan, dan aku tak de la plak halang. Kang kecik lak ati mak aku. Pada die, dari kitorang adik beradik kecik lagi die dah bagi makan seawal 3 bulan. So die tengok kitorang sume oke je. Tetiba kat cucu die, aku nak ubah lak kebiasaan tu.

So, apa yang boleh aku share dari experience aku yang tak seberapa selama setahun 1 bulan menjadi ibu yang menyusu ni, 
  • korang kena mind set awal-awal yang korang nak BF baby
  • rajin-rajin join club ibu-ibu , banyak tips korang boleh belajar and apply.
  • kena kuat semangat.
  • apply konsep " more demand, more supply", lagi kerap baby menyusu lagi banyak susu akan terhasil
  • ambil la supplement kalo perlu, aku sendiri ambil Shaklee. Aku tak kata supplement ni boleh hasilkan susu banyak, cuma kenapa supplement perlu ambil adalah untuk badan kita sendiri dan untuk stabilkan emosi kita. Kalo badan penat, mood tak baik, korang pun malas nak menyusu kan anak. 




No comments:

Post a Comment