Eh….eh…ketagih lak nak share resepi kat blog ni..Cam best lak, ase cam terror nau aku masak..Bhahaha….Hari ni aku nak share 1 lagi resepi. Ni resepi kitorang berbuka last week. Kitorang buat steamboat dengan ayam panggang madu. Da seminggu baru nak up….Kannnnnn…..Nasib baik pic aku dah amek siap…Kebetulan hari ni ada mood nak up pasal makanan. OK tanpa membuang masa ye puan-puan, kita terus kepada bahan-bahan yang diperlukan….eceh….ceh…..poyo nau!
Bahan-bahan:
- lengkuas
- bawang putih
- bawang merah
- serai
- madu
- sos tiram
- ayam
- serbuk kari
- chilli powder
- bahan perasa
Cara masak:
- Memula blend lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai.
- Kemudian gaul rata bahan yang dah di blend dengan madu, sos tiram, serbuk kari, chilli powder, bahan perasa.
- Kesemua bahan yang dah digaul sebati tu, letak kan ke atas ayam. Gaul rata gak kat ayam tu.
- Balut ayam tadi, dan perapkan selama 2 jam. Lagi lama, lagi bagus.
- Selepas 2 jam, panggang ayam tadi sampai masak.
sos tiram dan madu
bawang putih, bawang merah, lengkuas dan serai yang siap di blend.
serbuk kari dan chilli powder
cuci bersih ayam, memula kitorang nak buat kepak ayam panggang madu.
tapi sebab bila pegi kedai, kepak tak ada plak...
gaul rata semua bahan2
perapkan ayam tu, lagi lama perap lagi sedap sebab bahan2 tu terus meresap masuk ke dalam ayam.
kitorang perap 2 jam sebab unplanned menu. kejap lagi nak berbuka baru nak buat.
selepas 2 jam, panggang ayam yang dah diperap tu, guna pemanggang
ajaib lagi senang.
Ha…..simple je kan? yang tak reti masak pun boleh buat punya lah. Pic yang dah siap masak memang tak de ye, tak nyempat aku nak amek dah kene ngap dulu. Anak-anak buah aku asyik request ayam panggang madu ni je time nak berbuka. Sepanjang bulan pose ni dah 2 kali kitorang buat.
Ni pun sebab ada nya bantuan pemanggang ajaib. Memang best tau guna pemanggang ajaib tu, macam2 cara korang boleh masak. Nak kukus boleh, nak goreng boleh, nak panggang pun boleh. Kiranya multipurpose.
Tu akak aku punya, beli masa g Padang Besar ari tu. Nyesal giler aku tak beli. Yang tu brand cikai je la tapi tak kisah la asalkan function nya sama macam brand Menang Glassware tu kan.
Tapi MIL aku ade yang Glassware tu punya. Agak kecik sikit dari yang akak aku punya, then yang akak punya tu lebih dalam permukaan nya.
OK. Selamat mencuba korang :)
No comments:
Post a Comment