Saturday, July 5, 2014

Cabaran Untuk Kami

Tengah riba Aimi yang sedang tidur masa dalam kereta. Tetiba abi Aimi tanya,

" Yang, awak nak didik Aimi ni macam mana? "
" Pernah fikir tak ? "


Aku diam agak lama dan jawab;

" Saya sentiasa fikir B, hari2 saya fikir "
" Tapi entah la, tak tahu nak kata cuma takut…."



Yup! aku takut……
Besar sebenarnya tanggungjawab bila da bergelar ibu/ayah.
Aku sendiri masih dalam proses belajar dan ketakutan untuk mendidik dan membentuk Aimi untuk menjadi apa dan bagaimana sentiasa bermain di fikiran.

Dengan cabaran dunia yang sangat dasyat sekarang ni. Dunia akhir zaman orang cakap. So, tak tahu nanti bila zaman Aimi nanti macam mana pula keadaan dan cabaran tu.


Anak adalah anugerah dan perhiasan yang bermakna kepada ibu bapa. Surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud ,
" Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia ". Anak-anak bukan saja sebagai perhiasan dunia tetapi jalan bagi membawa kita ke Syurga jika kita berjaya menjadikan mereka sebagai anak yang soleh dan solehah.


Anak tu saham di dunia. Semasa masih hidup, jika cukup segala keperluan, betul cara didikan, mengikut acuan yang betul menepati hukum islam, Insha-allah ke Syurga la kita. Tapi jika lalai kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, besar dosa nya. Tugas sebagai ibu bapa tu bukan setakat memberi pendidikan yang terbaik, malahan dari segi penyediaan makan minum dan pakai, persekitaran yang selesa pun patot di ambil kira.

Of coz, sebagai parent aku nak kan yang terbaik untuk Aimi.

Persoalannya, mampu kah aku untuk mendidik dan menyediakan semua tu?

Masih relevan lagi kah didikan mak abah terhadap aku dulu untuk diguna pakai dalam mendidik anak pada zaman sekarang?

Kalau aku sendiri boleh juga kelentong, kona sana, kona sini walaupun mak abah dah habis pantau. Tak mustahil nanti Aimi pun akan macam tu. Bila dah ada anak, baru aku faham perasaan mak abah. No wonder, mak suka nasihat perkara yang sama sampai kekadang aku dah muak dengar. Sebab aku dah boleh hafal ayat mak.

Dalam hal untuk mendidik Aimi, aku perlu bekerjasama dengan abi Aimi. Aku sendiri tak letak untuk jadikan Aimi apa bila dah besar. Maybe dari segi untuk menjadi seseorang, abi Aimi lebih arif. Aku lebih tekan kan dari segi akhlak dan agama.

Setiap kali lepas solat, aku sentiasa berdoa agar Aimi menjadi anak yang solehah yang patuh pada perintah Allah, pada kami sebagai ibu bapanya, menjadi anak yang berguna, menghormati orang tua dan bijak. Serta diberikan kesihatan yang baik.

Dan tiap kali bila Aimi dah tidur, aku selalu akan bacakan al-fatihah dan doa yang baik2. Then aku hembus ke ubun2 Aimi.
Tujuan supaya minda separa sedar Aimi mendengar apa yang aku ucapkan, time tidur tu la sebenarnya waktu paling sesuai untuk kita cakap dan nasihat.

Hurm…. bukan dekat Aimi je..Dekat abi Aimi sendiri aku buat macam tu. Heeeeee….mesti awak tak tahu kan B?
Nak tahu apa saya cakap? saya selalu cakap, saya sayang B. Semoga kasih sayang B untuk kami.

Semoga apa yang aku ucapkan tu akan lekat di hati mereka. Amin…

Aimi hanya pinjaman untuk kami dari Allah. Di pinjamkan kepada kami untuk kami saling bekerjasama dalam membesar, mendidik dan membentuk Aimi. Aku sedar tu, tapi aku tetap takut kalau Aimi diambil ketika saatnya kami masih belum puas dengan dia. Ya, Aimi nyawa aku, segala apa yang aku buat sejak ada Aimi adalah untuk Aimi. Untuk masa depan Aimi.

Buat Aimi, kalo nanti suatu hari Aimi terjumpa blog ummi ni,
Ummi nak Aimi tahu bahawa Aimi sangat penting dalam hidup ummi. Kerana Aimi, ummi dan abi bersatu. Aimi pengikat kasih sayang kami. Sampai bila pun, Aimi tetap akan jadi baby kecil ummi. Please sayang, dengar segala apa yang ummi dan abi cakap kan.

Kalau ade perkara yang ummi dan abi x setuju, percayalah sebab ummi dan abi lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Dan kalau suatu hari, Aimi berkecil hati dengan tindakan ummi dan abi, percaya juga kami hanya mahukan yang terbaik buat Aimi.


Ya Allah, lindungi permata hati kami ini dari segala dugaan dunia dan juga syaitan. Berikan kami kekuatan, kesabaran dalam mendidik anak ini.


Semoga Aimi membesar menjadi anak yang berguna buat agama, bangsa dan negara. Semoga Aimi menjadi kebanggaan ummi dan abi. Insha-allah….amin.


We love u baby,

mood: sangat touching masa tulis entry ni, air mata mengalir mengenangkan masa depan…….

No comments:

Post a Comment