Thursday, July 10, 2014

Saudara kita di GAZA…..


Ketika kita meraikan kegembiraan German membelasah Brazil.
Rakyat Palestin dalam kesedihan dibelasah oleh Israel.. 

Allahurabbi….

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Israel mula mengistiharkan perang terhadap bumi Gazza,


Sayu hati melihat keadaan saudara kita di sana. Terutama malaikat-malaikat kecil Palestina. Yang tak mengerti apa-apa menangis ketakutan. Bumi Palestin mula berkubang darah para Syuhada', ...mayat-mayat mula dikeluar dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan. Laungan Allahuakhbar senantiasa di kumandangkan. Kejahatan Yahudi laknatullah tidak mengenal sesiapa.
Rejim Zionis ini tidak pernah berhenti untuk memusnahkan bumi gaza dan Palestin.
Allahurabbi….
Laknat ke atas rejim Zionis ini Ya Allah.

Betapa sakit hati aku melihat kekejaman mereka.
Di bulan Ramadhan ketika umat islam lain mencari rahmat dan keberkatan dibulan ramadhan..
Ketika umat islam lain memperbanyakkan amal jariah..

Tapi mereka saudara kita di Gaza, 
Berperang..berperang..dan terus berperang.. 
Allah… 
Allah...

Mereka disana dalam kesedihan….
Mereka disana sedang bangun memperjuangkan islam….
Mereka disana bermandi darah…..

Tetapi….kita disini?
dalam kegembiraan…..sedang lena diulit mimpi….mampu bergelak ketawa….bebas kemana saja…..

Maafkan kami wahai saudaraku di Gaza..
Hanya doa mampu kami berikan.

Syahid dan Syurga pasti buat kamu.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Allah sentiasa ada untuk kamu.

********************************************************************************

Buat semua yang ingin menyumbang:

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


No comments:

Post a Comment