Thursday, July 24, 2014

Dalam kenangan

Lagi 4 hari je nak sambut raya. Alhamdulillah, sume preparation dah siap awal2. Baju raya, kuih raya, duit raya aku da prepare awal2. Mood memang rasa excited sebab anak dara dah beso..da boleh makan macam2, dah boleh merangkak, berjalan selangkah dua. So, semestinya persediaan lebih pada anak dara.  Kasut raya dah beli siap ade bunyik2 lagi. Baju kurung aje 3 pasang, baju gaun 3 pasang.

Tapi tetibe dari semalam aku rasa cam sayu je….hati ade merindu seseorang. Seseorang yang sangat2 aku sayang dah kasih. Tapi seseorang tu dah x de lagi, ye…..dah meninggal dunia…iaitu FIL ak, arwah Hj.Isnin bin Mahmot.

Seriously, bila teringat air mata mesti mengalir..Banyak sangat memory dgn arwah. Arwah ayah sangat2 baik dan penyayang. Walaupun ayah seorang yg tegas tapi ayah memang sporting sangat. Ayah merupakan pencen guru kanan. Dalam pada tu jadi guru mengaji jugak pd anak2 dan iman sekali sekala di surau yg selangnya cuma 1 rumah je. 

Ayah seorang bapa yang penyayang dan suami yang romantik pada aku. Suka sangat tengok bila ayah bergurau senda dengan ibu. Selalu jugak ayah menyakat ibu. Memang aku kagun sangat dengan keperibadian ayah. Kat kampung boleh dikatakan ayah sangat dikenali. Sampaikan ke anak murid semua menghormati ayah.
 Dan pada aku ayah dah berjaya mendidik semua anak2 ayah menjadi manusia yang berjaya dan berguna. Memang aku sangat menghormati arwah. Aku berharap keperibadian ayah akan jatuh pada abi Aimi terutama dalam mendidik anak dan menjaga kebahagiaan keluarga kami.

Raya ni, merupakan tahun kedua tanpa ayah. Aimi yang tak sempat nak jumpa dan kenal dengan arwah. Aimi tak dapat nak panggil ayah dengan gelaran Tok Ayah. Bila di ingat balik masa aku dgn abi Aimi tahu yg aku preggy, memang aku sangat2 terkilan. Kononnya nak buat surprise pada semua orang sebab masa tu tak sampai sebulan. So tunggu la masa yang sesuai bila balik kampung nanti baru announce kat sume. Tetibe satu hari, dapat call dari angah (kakak ipar aku) bagi tahu ayah dah x de. Memang aku x percaya dan terkedu sebab masa balik kampung sebelum tu ayah sihat sangat. Cuma ade la batuk2. Tu pun sebab ayah memang merokok.

Masa dapat panggilan tu, aku tengah sibuk dekat kedai. Abi Aimi pulak ade keje dekat Kuantan. Kelam kabut di buatnya. adik ipar datang jemput, dan alhamdulillah kitorang sume termasuk abi Aimi yg dari Kuantan sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan. Sepanjang perjalanan masa nak balik kampung tu memang aku menangis je. Akhirnya niat nak buat suprise untuk semua, jadi lain. Kami yang kena "suprised".

 Memang terasa ralat sangat, kalo la boleh di putar balik memang nak sangat bagitaw pd ayah yg ayah akan jadi atok. Ayah memang teringin sangat nak cucu, Aimi cucu sulung dalam family abi Aimi. Tapi ade cucu angkat,  Fya anak kepada angah. Time angah keje, akan hantar ke rumah ibu. So arwah dengan ibu la yg akan jaga. Memang nampak la baik ibu mahupun ayah sangat sayang pada Fya. Aku dah terbayang yg Aimi juga akan dapat kasih sayang dan perhatian yg penuh mcm tu. 

Pemergian ayah memang sangat mengejutkan, ayah tak de sebarang penyakit. Pagi sebelum meninggal tu, ayah sempat lagi pergi ke paso pagi dengan ibu. Siap ngeteh lagi. So memang ayah ade jumpa org2 kampung. Balik dar paso, duduk2 depan TV dengan ibu sambil borak2. Ibu bangon kejap nak ke dapor. Bila ibu ke depan semula, ayah terus dah tak de. Ayah pegi dengan senang. Satu kampung terkejut sebab pagi tu ayah nampak sihat. Masa nak cium jenazah, muka ayah sangat tenang. Ayah memang layak dapat macam tu sebab ayah sangat2 baik.

FIL arwah ayah, Hj.Isnin Bin Mahmot dan MIL ibu, Pn. Nurianah@Halimah Binti Salikin

8 tahun (2005- 2012) aku mengenali ayah, sepanjang tu ayah menganggap aku mcm anak kandung sendiri. Rasanya ayah lg syg aku dari abi Aimi sendiri. Tiap kali datang sana dan nak balik sebelum kahwin dgn abi Aimi, ayah mesti peluk dan ciom aku. Memang aku rasa janggal sangat. abi Aimi sampai jelouse. Bila dusun berbuah, mesti ayah akan mesej " Dusun dah berbuah, kalau nak makan buah-buahan balik le kg ". Dan bila tiap kali datang, memang ayah dah simpan siap2 buah-buahan tu. Bila nak balik mesti dibekalkannya buah-buahan tu. Nasib baik ayah sempat tengok aku dan abi Aimi naik pelamin.

Ayah seorang penasihat yg terbaik. Pendapat ayah sangat bernas. Ayah tak pernah memburuk kan orang lain. Sentiasa berfikiran positif. Sepanjang 2 tahun ketiadaan ayah, banyak perkara yang terjadi. Ada masa sampai aku menangis mengenang kan ayah yg tak de. Tak de lagi tempat untuk kami semua mengadu dan minta pendapat.

Semoga arwah ayah tenang di sana. Kami, anak cucu ayah sentiasa mendoakan ayah. Tak sempat anis nak ucapkan terima kasih pada ayah atas semua kebaikan dan keperihatinan ayah pada anis. Anis bersyukur sangat dan rasa berbangga mempunyai FIL seperti ayah. 

الفاتحة buat arwah ayah….




p/s: Seandainya ayah masih ada, banyak sangat yang anis nak ceritakan pada ayah.




Saturday, July 19, 2014

Ayam Panggang Madu

Eh….eh…ketagih lak nak share resepi kat blog ni..Cam best lak, ase cam terror nau aku masak..Bhahaha….Hari ni aku nak share 1 lagi resepi. Ni resepi kitorang berbuka last week. Kitorang buat steamboat dengan ayam panggang madu. Da seminggu baru nak up….Kannnnnn…..Nasib baik pic aku dah amek siap…Kebetulan hari ni ada mood nak up pasal makanan. OK tanpa membuang masa ye puan-puan, kita terus kepada bahan-bahan yang diperlukan….eceh….ceh…..poyo nau!

Bahan-bahan:

  • lengkuas
  • bawang putih
  • bawang merah
  • serai
  • madu
  • sos tiram
  • ayam
  • serbuk kari
  • chilli powder
  • bahan perasa
Cara masak:
  1. Memula blend lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai. 
  2. Kemudian gaul rata bahan yang dah di blend dengan madu, sos tiram, serbuk kari, chilli powder, bahan perasa.
  3. Kesemua bahan yang dah digaul sebati tu, letak kan ke atas ayam. Gaul rata gak kat ayam tu.
  4. Balut ayam tadi, dan perapkan selama 2 jam.  Lagi lama, lagi bagus.
  5. Selepas 2 jam, panggang ayam tadi sampai masak. 
 sos tiram dan madu

bawang putih, bawang merah, lengkuas dan serai yang siap di blend. 
serbuk kari dan chilli powder

cuci bersih ayam, memula kitorang nak buat kepak ayam panggang madu. 
tapi sebab bila pegi kedai, kepak tak ada plak...

gaul rata semua bahan2

perapkan ayam tu, lagi lama perap lagi sedap sebab bahan2 tu terus meresap masuk ke dalam ayam.
kitorang perap 2 jam sebab unplanned menu. kejap lagi nak berbuka baru nak buat.

selepas 2 jam, panggang ayam yang dah diperap tu, guna pemanggang 
ajaib lagi senang.

Ha…..simple je kan? yang tak reti masak pun boleh buat punya lah. Pic yang dah siap masak memang tak de ye, tak nyempat aku nak amek dah kene ngap dulu. Anak-anak buah aku asyik request ayam panggang madu ni je time nak berbuka. Sepanjang bulan pose ni dah 2 kali kitorang buat.
Ni pun sebab ada nya bantuan pemanggang ajaib. Memang best tau guna pemanggang ajaib tu, macam2 cara korang boleh masak. Nak kukus boleh, nak goreng boleh, nak panggang pun boleh. Kiranya multipurpose. 
Tu akak aku punya, beli masa g Padang Besar ari tu. Nyesal giler aku tak beli. Yang tu brand cikai je la tapi tak kisah la asalkan function nya sama macam brand Menang Glassware tu kan. 
Tapi MIL aku ade yang Glassware tu punya. Agak kecik sikit dari yang akak aku punya, then yang akak punya tu lebih dalam permukaan nya.

OK. Selamat mencuba korang :)

Friday, July 18, 2014

Murtabak Mini

Ok, aku share 1 lagi menu berbuka pose kitorang sekeluarga ari ni dengan korang semua. Siap je murtabak ni, terus aku up entry pasal murtabak ni.
Tak yah banyak cite, aku terus share je ye.

Bahan2:

inti
  • 2 keping daging burger ramly (ayam/daging) / daging kisar
  • 1 biji kentang
  • serbuk kari
  • bahan perasa
  • 2 ulas bwang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • daun kari
  • minyak
  • 1 1/2 cawan air
Kulit popia
3 biji Telur
Daun bawang
Bawang goreng

Cara2 masak inti:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah di blend.
  2. Masukkan rempah kari, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan air. (agak2 je sukatan air tu). Letak la bahan perasa secukup rasa.
  4. Masukkan daun kari, kentang dan daging burger tadi. Masak sampai kentang dan daging tu lembut. Make sure jugak air tadi agak2 kering. Jangan sampai berkuah sangat sebab nanti nak letak kat kulit popia tu, meleleh pulak.

Now , masa untuk balutkan dengan kulit popia pulak. 
  1. Memula pecahkan telur ke dalam inti tadi. Pastu masukkan daun bawang yang dah di potong halus, masukkan juga bawang goreng. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Ambil kulit popia, letakkan di tempat yang rata (jangan terus letak atas kuali, nanti tak sempat nak letak inti kulit popia tu dah masak dulu)
  3. Letakkan inti dalam 2 sudu ke atas kulit popia, then lipat segiempat.
  4. Teruskan letak kan ke atas kuali panas yang berisi minyak (minyak tu sikit je tau)
pecahkan telur, daun bawang, bawang goreng then gaul sebati

letak 2 sudu inti ke atas kulit popia, then balut jadikan segiempat

 letak ke atas kuali leper , aku pakai pemanggang ajaib. letak minyak sikit.

taraaaaa……inilah hasilnya murtabak mini aku.


Dulu masa aku dgn abi Aimi bukak kedai, aku jual benda ni. Memang laku, tapi penat la buat sebab makan masa gak nak buat satu persatu. Ape pun selamat mencuba ya :)


Nota kaki: Aku tak letak daun kari sebab, daun kari tak ade…Huhu….yang daging tu, aku suka pakai daging burger je..senang, sebab ambil je bape keping nak pakai. Macam yang aku buat ni aku guna 2 keping daging burger, pehtu aku hancurkan. Daun bawang pun aku tak letak sebab lupa beli. Kalo letak memang sedap dan bau wangi murtabak korang. Jiran sebelah bau pun boleh terlio. Banyak bahan aku tak letak, tapi aku share resepi penuh dengan korang sume.

Dendeng Daging Goreng Berlada

Peh….tajuk entry je dah sedap.
Ha, x pernah2 aku share resepi masakan dalam ni kan?
Sebenarnya banyak je resepi aku nak share especially bulan2 pose ni, macam2 menu kitorang adik beradik masak bila berkumpul ramai2. Tapi aku yang maleh nak up. Kerajinan nak edit pic tu blom mariiii…Pic banyak je aku dah amek.
So, ari ni rase teringin lak nak share ngan korang2 semua. Bangun pagi tetibe aku dah terbayang berbuka nanti makan nasi lauk dendeng daging dengan gulai pucuk paku pun sodap ni. Kene lak ngan nasi panas kan? Peh!!…peh!!….terangkat beb. Terus aku pegi kedai cari bahan2.

Bahan2:
  • 8 biji lada merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 500g daging batang pinang
  • garam secukup rasa
  • limau purut
Cara masak:
  1. Memula rebus daging tadi dengan bawang merah dan bawang putih yang dah di blend sampai empuk.
  2. Bila dah empuk, tos kan dan tunggu sejuk seketika.
  3. Sementara sejuk, blend lada merah, bawang putih dan bawang merah tadi
  4. Kemudian dah sejuk daging tadi, di hiris nipis2.
  5. Goreng daging yang dah dihiris sehingga garing
  6. Tumis bahan2 yang dah di blend tadi, tumis hingga terbit minyak. Bubuh la garam secukup rasa dengan perahan air limau kalo nak lagi sedap.
  7. Lastly masukkan daging yang dah digoreng tadi.
  8. Kacau-kacau, siap.
hiris nipis2 daging yang direbus sampai empuk

 blend lada merah, bawang putih, bawang merah, 
aku campur cili hijau 4 batang bio kick rasa die.

 goreng daging sampai garing

taraaaa…ini lah hasil nya..bagi besar sikit pic nya supaya korang pun terlio sama macam aku, Bhahahaha….


Di saat entry ini di up, dendeng daging ni dah aku siap masak. Gilerrr tak sabo kan? Waktu berbuka lambat lagi. Time aku tulis ni dah terbayang-bayang kesedapan nya macam aku makan mase kat opis ari tu. 

Menu kitorang ari ni, nasi putih + dendeng daging goreng berlada (aku ler jadi chef) + gulai pucuk paku (air tangan mak aku) . Mee rebus (chef: akak aku) + murtabak mini (aku juga chef nya) + karipap sardin (pun aku jugak chef nya) + pengat sagu pisang ( air tangan mak aku)

Karipap aku dah siap buat, tinggal goreng. (faveretto abi Aimi ni)
Murtabak mini, inti pun aku dah siap masak. Tinggal nak goreng jugak. (dah lama aku tak buat murtabak ni)

Banyak tak menu kitorang? time ramai2 je boleh masak cam ni, time ber 5 je kat uma ari2 telor ngan sambal ikan bilis..kehkeh...

Wednesday, July 16, 2014

alahai….cucu omak

Cuti Nuzul Quran semalam cuma seharian duduk rumah. Bulan-bulan pose nak ke mana2 pun maleh..
Sempat la ambik peluang mengemas kain baju anak dara sorang tu...Hari-hari asyik ulang baju yang sama je pakai nya. Walhal baju nya sebakul. Ni sebab malas nak selongkar yang bawah2, men amek yang nampak je…
Since anak dara tu dah semakin membesar, banyak la kain baju yang dah x boleh pakai. Yang patot di bungkus dan simpan untuk adik die plak.. Bhahaha….nampak tak? kemain tak sabar lagi aku nak menambah ahli keluarga. Tapi abi Aimi suruh relax dulu. Pay attention dulu betol2 kat Aimi.
Mana boleh sabo B oi….umo da nak masuk III series ni…..target nak kena capai cepat, before 40 dah ade 5 orang anak. pastu ai nak stop, tak nak beranak lagi da…ai nak jage badan, nak melaram….sekarang ni ai pejam mata je nak pakai dress yang cantik2 tu tau. ..amboi! kemain angan2 ko kan?…

Tengah sibok2 mengasingkan mana yang nak di bungkus, Aimi terjumpa setokin kaki, sarung tangan and topi masa die baby. Apalagi……sibok la anak dara tu nak pakai.



mula la die rasa macam die tu baby lagi. sampai heran-heran die perhatikan sarung tangan tu. time da beso cam gini baru muat betol. dulu pakai, jari2 tak sampai nak masuk kedalam tu. sarung tangan tu beli masa g cameroon dulu. pahtu teruss wassap abi Aimi bagitau Aimi nak g holiday…padahal ummi die yang nak pegi..Bhahahaha…

Bila tengok pic tu, dah kurus upe nya Aimi ni..dulu debab,, semangat habis…sape dukung memang lenguh la tangan, sakitla pinggang.. da beso anak dara aku ni dah tinggi cam abi die. ade gak abi die mengeluh, sakit pinggang dukung Aimi. aku slumber je jawab….alaa…..B dukung seminggu sekali je. terusss diam abi Aimi..

ramai cakap Aimi ni copy paste muka aku, tapi ramai jugak cakap copy paste muka abi. Ntahla…yang pasti mata memang ikut abi la…dagu yang runcing tu, of course ikut ummi die la..Bhahahaha…part yang cun, yg lawa aku je kan?harusssslaa..


kehulu ke hilir la die merangkak dengan accesorries tu. merangkak kemain laju….patotnya da boleh jalan, tapi malas ni budak ni.. die tau ramai tukang dukung. mau nya selangkah dua je. aku dah verangan habis nak tengok die terkedek-kedek jalan raya nanti dengan pakai baju kurung nenek buat dengan kasut bunyik2. dah terbayang2 kat kepala otak aku nih. cepatla dikkk jalan. 


sampai ke dapo pegi nya, siap masuk bawah kerusi. namanya je anak dara ni, tapi perangai nya macam boboy.. ni pasal abi nak sangat anak lelaki la dulu ni….memanjat memang terror. pagar uma , slumber die je panjat pahtu goyang2 sampai nak roboh. roboh pagar uma nenek ni, suh abi kau ganti ye. kuat ni, nampak kurus tapi daging padat. tu yang selalu kene gigit, nak lagi peha tu.


malam terus pengsan. kemain awal lagi dah tidur. budak ni memang senang nak bagi tido kalo siang die dah penat. tapi kalo siang die banyak rehat, malam memang boleh sakit jiwa nak tidokan. susu kan sampai 3 jam pun belom tentu mata die nak lelap. tapi kalo ade abi die, senang sikit nak tido. tutup lampu, dok dalam gelap. abi gosok2 belakang lelama comfirm terlelap.

budak ni kalo dengan abi die memang manja habis, mula la mengada-ngada. tu yang bila abi jegil mata je terus turun hujan. dengan aku memang x takut die der….hari2 dah selalu dengar ummi jerit2. 

oke da, takat tu je aku nak cite pe'el anak dara ni. kekadang memang pening ngan budak ni, tapi kalo x de memang rindu giler. 








Saturday, July 12, 2014

Boleh claim dengan pihak PLUS?

Uwaaaa…….retak hati ku…..

terkena batu dekat highway

nampak tak tu? cermin depan dah cacat… abi Aimi balik semalam, tetibe tengok kereta bertukar colour kat bonet depan. Time tu tak tengok dekat2, bila tanya abi Aimi kenapa tukar? abi Aimi suh g tengok dekat2, tengok kat cermin.

oh!!!!tidak…..sokmo jadi gitu la….sejak pakai kereta ni, segala kecacatan yang berlaku kat kereta mesti orang lain yang buat. abi Aimi memang seorang pemandu yang berhemah. 

kali ni retak disebab kan terpelanting dengan batu dekat highway. aish…..nasib baik tak retak seribu.

kebetulan last week aku ade bagitau abi Aimi , sebenarnya kalo berlaku kemalangan dekat highway akibat halangan seperti kayu, batu, besi kita boleh claim dekat pihak PLUS..
abi Aimi memang tak tahu pasal ni, aku tahu pun sebab dengar officemate cerita.

Tetibe minggu ni terkena kat kereta sendiri…

Kereta ni memang aku sayang giler la…sebab ni titk peluh kitorang berdua. kereta ni gak hadiah hantaran dari abi Aimi masa kawen dulu. tapi abi Aimi la yang drive. pernah satu ketika dulu aku hampir nak letgo tapi sebab fikirkan banyak kenangan, jadi sayang pulak. 

So, kat sini aku nak share dengan korang semua la prosedur dia camne….

Info Jika Berlaku Kemalangan di sebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain, apa sahaja.Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi.
Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...Tahukah anda...kita boleh claim dengan pihak Plus??kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan..
Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:
1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil.Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.
5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukakan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.
7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar.

Ha…..ramaikan yang tak tahu pasal benda ni. 

Tapi macam kes kitorang ni tak boleh nak claim sebab kemalangan yang kecil, nak claim boleh. 
Pecah bagi habis, baru claim. tapi sebab kan baru je renew roadtax + insurance bulan 5 ari tu, so tak berbaloi untuk claim. Dibuatnya bulan 4 tahun depan terkena lagi, dah tak memasal kena keluar budget sendiri.










Friday, July 11, 2014

Snow Bear Auto Single Breast Pump


Isnin ari tu aku ade beli breast pump online. Hari Selasa da sampai sebenarnya..
Tapi sebab sibuk sangat, tak sempat pun nak try. Just aku buka and check samada parts tu complete ke tak.


Dan hari ni baru berkesempatan untuk try.. Anak dah setahun baru nak beli…Kan….

Actually masa Aimi dalam pantang aku pernah beli tapi yang manual. RM100…
Tak berapa best pakai sebab tangan jadi sakit bila kerap sangat pump. Then susu pun x banyak sangat boleh sedut. Mula-mula memang la banyak tapi lama-lama jadi kurang. 
Tapi aku tak salah kan pump tu la coz silap aku juga. 

Masa mula je aku excited nak buat stok. Sebab Aimi memang sentiasa ada depan mata aku, So lagi senang untuk aku direct breastfeed je. Dan sebab Aimi juga tak nak hisap botol. Yang pelik nya, kalau isi air masak dalam botol , die nak pula hisap. 

Tak la pula aku nak pergi beli botol-botol susu yang memahal tu cam jenama tommi tippe la, avent la, mami ke mimijumi ke ape- ape benda la.... Haish….gilosss ke apa, kecik-kecik anak dah demand nak yang memahal.

So memang aku fully breastfeed Aimi sampai la aku bekerja semula. Masa tu aku bagi FM je…Kebetulan pula aku rajin request free sample. So memang banyak la sample susu aku dapat. Macam-macam brand ade.. Yang terbaru aku dapat dari Friso 700g ko….sempena besday Aimi hari tu. 

Tapi mak aku cakap Aimi kurang menyusu. Siang sekali je Aimi menyusu tu pun 4oz je..Sikit tu….Tapi bila malam, memang Aimi balas dendam kat aku. Sampai aku tak lena nak tidur. Aimi kerap bangun nak menyusu. Ade gak aku rasa nak hangin, tapi aku pujuk diri sendiri la " tak pe la, siang da kena tinggal seharian… kesian anak ummi "

Dah lama sebenarnya aku nak beli breast pump yang elok sikit. Dari awal tahun lagi aku dah survey. Aku rajin like page barangan baby. So, banyak brand aku dah review. Ada yang aku berkenan tapi mahal aku rasa.. Kalo dah sampai RM400 , macam tak berbaloi je nak beli. Medela lagi la…..sampai 2k….kalo buat installment pun memang tak la aku nak beli. Walaupun orang cakap best pakai, tapi kalo tak rajin gak nak pump, tak de mau nya susu tu nak keluar. Lagipun bukan susu tu keluar jadi rasa milo ke…lagi berkualiti ke…sama je…Kalo korang kayo-rayo, tak pe la…depends la.

Setelah aku survey, aku rasa Snow Bear yang ramai orang pakai. Bersesuaian dengan budget mommies-mommies dan quality nya pun oke. So, aku buat lagi survey page mana yang jual dengan harga murah

Finally, aku jumpa. Dan aku rasa kat page ni memang paling ramai mommies-mommies beli sebab tengok feedback dari customer.

   FB: BreastPumpsMurah

Siyes murah.. aku beli Snow Bear tu RM229 + free gift lagi and free pos.
Banyak lagi brand breast pump kt page tu. Dan semua juga memang murah compare dengan page lain. Tak caya, korang survey la.

Dengan belian set Snow Bear RM229 ni aku dapat :

+ FREE Bag Cooler Vcool 2-in-1
+ FREE 2 ice pack powder  - ni untuk sejukkan stok susu
+ FREE 10 plastic storage  - untuk simian stoke susu
+ FREE cabel untuk Power Bank - tapi power bank tak provide la.
+ FREE 2 botol storage

 Snow Bear ni boleh gak guna botol wideneck atau botol standard yang lain untuk pump. Di datangkan dengan kuasa elektrik dan battery, ada warranty selama 2 tahun.

Hasil dari percubaan aku tadi, apa yang aku boleh cakap pump ni memang sangat ringan, comel je. Senyap dan tak rasa sakit langsung. Ade 3 jenis suction dan 3 jenis speed.

Hasil pump nanti aku share lain ya. Sebab aku baru nak start buat stok, jadi ambil masa gak nak penuh. Kalo mommies-mommies yang memang buat stok dah tahu kan konsep " more demand,  more supply ".
So aku kena apply dulu konsep ni kalo nak dapat hasil perahan yang banyak.

Aku memang bercita-cita nak fully breastfeed Aimi sampai 2y. Banyak benefit nya kalo BF baby. Salah satu nya boleh maintain berat badan..Yang ni aku suka, sebab alhamdulillah berat aku maintain je. Ade gak yang x caye aku dah kawen and ade anak..Bhahaha…kembang kejap ko….

Lagipun bagus juga untuk baby. Especially untuk perkembangan minda anak. Susu ibu adalah yang terbaik dari segala susu yang ade kat pasaran tu. Bio la produk tu cakap bagus utk perkembangan minda la, ade DHA la..ape-ape la…Susu ibu juga baik untuk sistem immune anak. Setakat apa yang aku tegok dekat Aimi, Aimi menag jarang sakit dan kalo pun tak sihat macam demam, Aimi still aktif. Tak de plak die melepek ke ape, just merengek je la..Manja nya tu jadi lebih nak berkepit je..Tu normal la kan….Kita pun kalo demam nak perhatian lebih….

Tapi aku tak la menolak bulat2 susu formula ni. Sebab tak semua mommies diberi rezeki untuk BF baby sendiri kan. Macam akak aku, dua-dua anak die dari dalam pantang dah di bagi susu formula sebab memang susu badan tak de langsung. Dat's y, dari situ lagi aku memang dah tekad nak BF sendiri anak aku. Memang aku dah mind set awal-awal dari aku preggy lagi aku nak BF. Dan alhamdulilah, Allah kabulkan. Even sekarang cuma malam je aku menyusu Aimi, tapi alhamdulillah susu badan tak stop.

Dari Aimi lahir sampai umur 6 bulan memang aku berkeras untuk bagi Aimi susu badan semata-mata. Mak aku bising gak sebab takut Aimi tak kenyang la, ape la. Tak kenyang ape nya mak? montel je Aimi ni dari lahir sampai sekarang. Tiap bulan timbang berat naik je.. Mak aku curi-curi gak bagi Aimi tu makan, dan aku tak de la plak halang. Kang kecik lak ati mak aku. Pada die, dari kitorang adik beradik kecik lagi die dah bagi makan seawal 3 bulan. So die tengok kitorang sume oke je. Tetiba kat cucu die, aku nak ubah lak kebiasaan tu.

So, apa yang boleh aku share dari experience aku yang tak seberapa selama setahun 1 bulan menjadi ibu yang menyusu ni, 
  • korang kena mind set awal-awal yang korang nak BF baby
  • rajin-rajin join club ibu-ibu , banyak tips korang boleh belajar and apply.
  • kena kuat semangat.
  • apply konsep " more demand, more supply", lagi kerap baby menyusu lagi banyak susu akan terhasil
  • ambil la supplement kalo perlu, aku sendiri ambil Shaklee. Aku tak kata supplement ni boleh hasilkan susu banyak, cuma kenapa supplement perlu ambil adalah untuk badan kita sendiri dan untuk stabilkan emosi kita. Kalo badan penat, mood tak baik, korang pun malas nak menyusu kan anak. 




Thursday, July 10, 2014

Saudara kita di GAZA…..


Ketika kita meraikan kegembiraan German membelasah Brazil.
Rakyat Palestin dalam kesedihan dibelasah oleh Israel.. 

Allahurabbi….

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Israel mula mengistiharkan perang terhadap bumi Gazza,


Sayu hati melihat keadaan saudara kita di sana. Terutama malaikat-malaikat kecil Palestina. Yang tak mengerti apa-apa menangis ketakutan. Bumi Palestin mula berkubang darah para Syuhada', ...mayat-mayat mula dikeluar dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan. Laungan Allahuakhbar senantiasa di kumandangkan. Kejahatan Yahudi laknatullah tidak mengenal sesiapa.
Rejim Zionis ini tidak pernah berhenti untuk memusnahkan bumi gaza dan Palestin.
Allahurabbi….
Laknat ke atas rejim Zionis ini Ya Allah.

Betapa sakit hati aku melihat kekejaman mereka.
Di bulan Ramadhan ketika umat islam lain mencari rahmat dan keberkatan dibulan ramadhan..
Ketika umat islam lain memperbanyakkan amal jariah..

Tapi mereka saudara kita di Gaza, 
Berperang..berperang..dan terus berperang.. 
Allah… 
Allah...

Mereka disana dalam kesedihan….
Mereka disana sedang bangun memperjuangkan islam….
Mereka disana bermandi darah…..

Tetapi….kita disini?
dalam kegembiraan…..sedang lena diulit mimpi….mampu bergelak ketawa….bebas kemana saja…..

Maafkan kami wahai saudaraku di Gaza..
Hanya doa mampu kami berikan.

Syahid dan Syurga pasti buat kamu.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Allah sentiasa ada untuk kamu.

********************************************************************************

Buat semua yang ingin menyumbang:

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


Monday, July 7, 2014

BBQ Chicken Wangsa Walk

Sabtu lepas, Abi Aimi ade keje dekat area Dutamas..
Pegi survey rumah client yang nak pindah. 
So, aku and Aimi follow lagi. Ala,,,,keje nya tak sampai sejam pun.
Btw, kalo korang memerlukan khidmat untuk pindah rumah or nak guna khidmat lorry boleh la contact company abi Aimi keje ya. 


Office No : 03-6257 4995

Lepas abi Aimi dah siap keje, kitorang pegi jalan2. Ingat nak cari kasut raya untuk Aimi. 
Alhamdulillah, baju raya sebelum Ramadhan lagi aku da settle kan. Baju gaun aku dah beli siap2 masa kitorang pegi Padang Besar bulan April ari tu. 
Then untuk baju kurung, kebetulan masa Labour Day Jakel kat tempat aku ade buat offer giler2. So, sempat la aku beli 2 pasang, sedondon dengan Aimi. 

Untuk abi Aimi tak beli, coz MIL aku dah sediakan untuk semua adik beradik termasuk kitorang. Pun sedondon gak. Dats y bila aku keluar, bila nampak baju kiut-miut untuk gegurl aku boleh tahan nafsu. 

Sebab aku rasa masa beli dekat Padang Besar ari tu lagi cantik2 then murah lak tu. Rasa cam menyesal lak bila aku x beli banyak.. 

Boleh je kan nak beli untuk Aimi bila umur  3y, 4y kan….Hamboiiiiiii! yang ada pun belom pakai lagi, dah fikir untuk tahun yang seterusnya….Bhaahahah…

So, sebelum tu pergi dulu Shaklee Branch dekat Wangsa Maju. Topup stok yang makin berkurang ni. Dulu memang 100% aku jual online, tapi sejak dah busy ni lebih banyak offline. 

Tapi kalo ade customer yang nak suruh pos, aku still buat juga. Insha-allah, korang akan puas hati dengan servis aku. Aku tak suka tangguh lama2. Plus dengan guide cara makan secara PERCUMA lagi aku bagi. 

Kalo kata, customer bank in duit pagi, kang tengah hari tu juga aku pergi pos. Gagah kan? tu sebab pos office dekat ngan rumah aku. 

Price? insha-allah harga kasihhhh sayang aku bagi kat semua. 

Tak caya? meh try wassap aku untuk rege dia. 
Wassap: 013-599 1066
Korang nak walk in g beli pakai ID aku untuk dapat member price pun boleh, nah guna ID: 951811 ni

Lepas dah settle topup stok, kitorag decide pegi Wangsa Walk je coz da dekat.
 Nak g Mid Valley dah jauh plak, comfirm jammed punya. Actually, kat Wangsa Walk ni tak de la best pun, kedai2 pun tak best. 

Aku kalo pegi, takat lalu je, nak masuk tiap kedai tu untuk usha memang tak la. Sambil usha kedai baby,  singgah kejap Levi's…

Abi Aimi nak cari seluar. Kesian seluar nya dah koyak dekat peha masa job tengah banyak ari tu. Angkat ape ntah sampai boleh koyak. 
So, beli la 2 helai merangkap seluar keje dan raya. 


Sementara abi Aimi tengah fitting, Aimi tolong tengok pamplet nak iftar dekat mana nanti.

Dah siap bayar, jalan-jalan lagi cari kedai baby. Hurm….hampeh……tak ade pun. 
Jumpa kedai baby, tapi more pada barangan untuk baby born. So, jalan-jalan je la sementara nak tunggi waktu berbuka nanti. 

Mula-mula ingat nak buat reservation dekat Restoran Laksamana Cheng Ho, retiss Amy Search tu. 

Dah tutup ea??...cari-cari tak jumpa.


Tengah jalan, ade plak benda alah ni. Aimi memang suka naik. Nak plak sekarang dah pandai tunjuk apa yang dia nak. Layan kan la kejap..


Tengok, mulut Aimi pun dah macam duck tu, muncung je… Beria-ia Aimi pusing stereng tu. 
Dah stop benda alah ni, tak mau turun plak.


Sempat welfie dua beranak ni.


Dah dekat jam 6.30 pm kitorang pergi cari kedai makan. Kebanyakan tempat dah penuh. 
Kitorang memang tak booking pun. Dalam cari-cari tu ternampak satu restoran 2 tingkat cam best je. 

Boleh duduk atas sambil tengok pemandangan luar dan bawah.
Time tu pun dah penuh, nasib baik masih ade kosong tu pun bahagian luar. 

OK la tu, abi Aimi memang prefer bahagian luar, senang nak merokok nanti.




Sementara tunggu menu sampai, memang cabaran sungguh la sebab Aimi dah merengek. Ngantuk dah….dengan nak nenen. 

Mana tak nya, Aimi cuma tidur tak sampai sejam siang tu. Dalam kereta pun tak tidur. Kena la kitorang layankan bagi Aimi ada mood. 

Kalau dia buat perangai dia kat situ memang aku terus masuk dalam kereta je.

Finally, menu kitorang sampai.

Menu yang 1st ni Combination Pizza 
RM28.50



Memang superb habisss…..Kepingan pizza yang crunchy, nipis. macam Domino's…
Topping yang marvellous dengan 7 jenis bahan. Mozarella cheese yang banyak. Siyes! sedap giler. 
Memang highly recommended kalo korang pegi dekat sini. Wajib cuba tau.



Yang ni tuan belog punya, Ramadhan set (1 pax). 
Ade 4 choice,  dan aku choose Korean Charbroiled.
RM22.90
Set ni, ada Mushroom rice, Garden salad, Kochi, Chicken soup, Dates and drink (pink guava/ oren orange).

Tapi aku terkulat-kulat nak habiskan. Nak kata banyak , biasa je. Maybe sebab dah makan pizza tadi. Tapi tetap licin gak…Bhahaaha…

Komen aku: yang macam sate tu sedap, salad pun sedap dan fresh. Siap ambik abi Aimi punya lagi…Bhahaaha..
Sup pun terasa sup ayam. Tak de la perencah semata-mata. 
Ayam pun sedap jugak.


Dan yang ni, abi Aimi punya. Grilled Chicken Meal. RM19.50
Ayam die best. Lembut, juicy. Sebab dah di marinate.
Yang ni die bagi salad jugak, ade fries sekali. Sepatutnya nasi tu lain. Pineapple olive rice
Tapi staff tu cakap sebab bulan puasa jadi diorang sediakan 1 jenis nasi je.

Untuk air abi Aimi pula, English Breakfast. 

RM4.90. Nama nak omputeh kan….Tapi sebenarnya Teh O panas je pun.
Untuk Aimi, share je. Nasi die tak pedas pun, so suapkan je. Fries pun ade. 

So, overall untuk BBQ Chicken ni memang puas hati la. Servis pun tak lambat, walaupun bulan Ramadhan kan.

 Boleh dikatakan semua customer aku tengok dapat makanan tanpa perlu tunggu lama-lama. 
Just kesian dekat staff la tak menang tangan, sume remaja islam plak tu. Terpaksa curi-curi makan la agaknya.
Price pun reasonable gak. 

Ha…..terliur tak tengok bulan-bulan pose ni?Korang-korang yang ade dekat area Wangsa Walk boleh la try menu die.




Info Lokasi:

BBQ Premium CAFE Wangsa Walk Mall

Lot GL-07 Wangsa Walk Mall

Phone: 03-4148 1019





Saturday, July 5, 2014

Cabaran Untuk Kami

Tengah riba Aimi yang sedang tidur masa dalam kereta. Tetiba abi Aimi tanya,

" Yang, awak nak didik Aimi ni macam mana? "
" Pernah fikir tak ? "


Aku diam agak lama dan jawab;

" Saya sentiasa fikir B, hari2 saya fikir "
" Tapi entah la, tak tahu nak kata cuma takut…."



Yup! aku takut……
Besar sebenarnya tanggungjawab bila da bergelar ibu/ayah.
Aku sendiri masih dalam proses belajar dan ketakutan untuk mendidik dan membentuk Aimi untuk menjadi apa dan bagaimana sentiasa bermain di fikiran.

Dengan cabaran dunia yang sangat dasyat sekarang ni. Dunia akhir zaman orang cakap. So, tak tahu nanti bila zaman Aimi nanti macam mana pula keadaan dan cabaran tu.


Anak adalah anugerah dan perhiasan yang bermakna kepada ibu bapa. Surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud ,
" Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia ". Anak-anak bukan saja sebagai perhiasan dunia tetapi jalan bagi membawa kita ke Syurga jika kita berjaya menjadikan mereka sebagai anak yang soleh dan solehah.


Anak tu saham di dunia. Semasa masih hidup, jika cukup segala keperluan, betul cara didikan, mengikut acuan yang betul menepati hukum islam, Insha-allah ke Syurga la kita. Tapi jika lalai kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, besar dosa nya. Tugas sebagai ibu bapa tu bukan setakat memberi pendidikan yang terbaik, malahan dari segi penyediaan makan minum dan pakai, persekitaran yang selesa pun patot di ambil kira.

Of coz, sebagai parent aku nak kan yang terbaik untuk Aimi.

Persoalannya, mampu kah aku untuk mendidik dan menyediakan semua tu?

Masih relevan lagi kah didikan mak abah terhadap aku dulu untuk diguna pakai dalam mendidik anak pada zaman sekarang?

Kalau aku sendiri boleh juga kelentong, kona sana, kona sini walaupun mak abah dah habis pantau. Tak mustahil nanti Aimi pun akan macam tu. Bila dah ada anak, baru aku faham perasaan mak abah. No wonder, mak suka nasihat perkara yang sama sampai kekadang aku dah muak dengar. Sebab aku dah boleh hafal ayat mak.

Dalam hal untuk mendidik Aimi, aku perlu bekerjasama dengan abi Aimi. Aku sendiri tak letak untuk jadikan Aimi apa bila dah besar. Maybe dari segi untuk menjadi seseorang, abi Aimi lebih arif. Aku lebih tekan kan dari segi akhlak dan agama.

Setiap kali lepas solat, aku sentiasa berdoa agar Aimi menjadi anak yang solehah yang patuh pada perintah Allah, pada kami sebagai ibu bapanya, menjadi anak yang berguna, menghormati orang tua dan bijak. Serta diberikan kesihatan yang baik.

Dan tiap kali bila Aimi dah tidur, aku selalu akan bacakan al-fatihah dan doa yang baik2. Then aku hembus ke ubun2 Aimi.
Tujuan supaya minda separa sedar Aimi mendengar apa yang aku ucapkan, time tidur tu la sebenarnya waktu paling sesuai untuk kita cakap dan nasihat.

Hurm…. bukan dekat Aimi je..Dekat abi Aimi sendiri aku buat macam tu. Heeeeee….mesti awak tak tahu kan B?
Nak tahu apa saya cakap? saya selalu cakap, saya sayang B. Semoga kasih sayang B untuk kami.

Semoga apa yang aku ucapkan tu akan lekat di hati mereka. Amin…

Aimi hanya pinjaman untuk kami dari Allah. Di pinjamkan kepada kami untuk kami saling bekerjasama dalam membesar, mendidik dan membentuk Aimi. Aku sedar tu, tapi aku tetap takut kalau Aimi diambil ketika saatnya kami masih belum puas dengan dia. Ya, Aimi nyawa aku, segala apa yang aku buat sejak ada Aimi adalah untuk Aimi. Untuk masa depan Aimi.

Buat Aimi, kalo nanti suatu hari Aimi terjumpa blog ummi ni,
Ummi nak Aimi tahu bahawa Aimi sangat penting dalam hidup ummi. Kerana Aimi, ummi dan abi bersatu. Aimi pengikat kasih sayang kami. Sampai bila pun, Aimi tetap akan jadi baby kecil ummi. Please sayang, dengar segala apa yang ummi dan abi cakap kan.

Kalau ade perkara yang ummi dan abi x setuju, percayalah sebab ummi dan abi lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Dan kalau suatu hari, Aimi berkecil hati dengan tindakan ummi dan abi, percaya juga kami hanya mahukan yang terbaik buat Aimi.


Ya Allah, lindungi permata hati kami ini dari segala dugaan dunia dan juga syaitan. Berikan kami kekuatan, kesabaran dalam mendidik anak ini.


Semoga Aimi membesar menjadi anak yang berguna buat agama, bangsa dan negara. Semoga Aimi menjadi kebanggaan ummi dan abi. Insha-allah….amin.


We love u baby,

mood: sangat touching masa tulis entry ni, air mata mengalir mengenangkan masa depan…….

Nikmat sebenar…..

Rasanya hari ni, time berbuka tadi adalah saat yang menggembirakan buat emak sebab semua anak menantu dan cucu ada.

Tapi tetap juga kurang ahli keluarga. Mak budget ateh dgn husband yg kat Penang akan sampai sebelum waktu berbuka, jadi mak dah panggil anak menantu untuk berbuka dekat rumah.

Lepas keje tadi, balik sama2 dengan abi Aimi. Sempat juga la pergi bazar Ramadhan cari kuih-muih.

Sebenarnya ini tahun pertama untuk family kami berbuka bersama-sama beramai-ramai. Selama ni, tiap tahun tak pernah miss berniaga di bazar Ramadhan. Jadi memang sangat susah untuk kami berbuka bersama-sama. Dan kalau dapat pun, masing2 prefer untuk beli makanan ikut tekak masing2.

So, bila tahun ni " pencen " hari-hari mak akan masak. Bila dah masak, kami pun x de lagi nak ke bazar cari makanan. So, jimat da kat situ. Kurang pembaziran. Kalo tak, tiap tahun pasti akan ada pembaziran makanan. Sebab belum lagi dengan yang beli sendiri, ade yang jiran meniaga bagi. Senang kata, memang bila berbuka kami agak mewah dari segi makanan.

Untuk tahun ni juga, buat pertama kali terasa nikmat nya bila dapat berbuka bersama. Nampak muka mak happy, mak pun seronok je nak masak.

Aku dapat bayangkan, mak seronok sebab juadah yang mak masak anak menantu makan. Aku sendiri, bila masak then ada orang makan rasa seronok. Apatah lagi kalo makanan tu licin. Terasa satu kepuasan. Hilang penat lelah " bersilat " dekat dapur. Tengok abi Aimi makan bertambah2 bila aku masak pun dah seronok.

Macam-macam menu la ade tadi, tapi pic x ade plak.. Dah ter delete. For sure, main menu nasi putih + berlauk.
Dan sampingan kuih-muih, kue tiaw goreng, durian pun ada.. Hahaha…ini hari2 ade sebab dusun tengah ligat berbuah. Masa siang tengok, memang la terliur. Tapi bila dah berbuka, nak makan seulas pun tak lalu. Lastly, abah sedekah aje durian tu pada sedara-mara dan jiran2. Abah sendiri tak boleh nak makan sebab angin. Nanti bila makan or termakan sikit pun mula lah sakit kepala, sebu perut.

Tahun lepas masa bulan puasa, Aimi masih dalam pantang 100 hari. Baby lagi, keje ny nk tido and susu aje la. Masa tu bila nak berbuka terpaksa berganti2 untuk jaga Aimi. Kadang tu sampai terpaksa bawa pinggan dekat depan sebab nak buai kan Aimi.

Tahun ni, Aimi dah besar.. Dah pandai melasak. Dah pandai mengacau. Orang berbuka , dia pun sibuk juga nak berbuka. Untuk nak bagi semua makan dengan tenang, bagi juga Aimi pinggan sendiri. Since Aimi pun dah pandai suap sendiri. Tapi banyak yang terabur dari yang masuk mulut. Tak apa lah sayang, ummi tak marah. Biar Aimi belajar dari sekarang. Dan asalkan Aimi nak makan. Walau sikit jadilah. Sebab Aimi sekarang dah susah nak bagi makan, dah pandai memilih.

Harapnya, untuk tahun-tahun akan datang macam ni lagi. Baru aku terasa nikmat sebenarnya berpuasa bila dapat berkumpul bersama. No wonder la, bila bulan puasa hujung minggu orang berpusu-pusu nak balik kampung. Nak buka puasa dengan keluarga. Jalan jammed pun orang kita akan redah juga.

Satu aja yang aku x dapat nak rasa tahun ni, tak dapat nak pergi teraweh. Faham-faham je lah bila ada anak kecik ni, nak pergi ke tempat macam tu nanti meragam pulak. Nak buat ibadah pun terganggu.

Tapi teringin juga aku nak cuba satu hari untuk pergi teraweh dengan bawak Aimi. Biar die tengok suasana teraweh tu macam mana. Mungkin dari situ Aimi boleh belajar. 1st step kira nya untuk mendidik Aimi mengenai agama. Tapi dengan syarat perlu bagi Aimi tidur puas-puas waktu siang, so that bila malam dia x meragam cepat nak tidur.



Tuesday, July 1, 2014

Bila mood kelaut

Setelah cuti dari Jumaat hingga Isnin, dan hari ni baru nak masuk office semula.

Alahai……jadi lemau……Segala macam rasa ade.

Dahla pagi tadi nak keluar rumah, anak manja tu boleh bangun plak. Dah, merengek2 nak ikut. Dah sedap kene layan selama beberapa hari ni kan?

Ni abi la ni.. Manjakan sangat anak, di ikutkan je ragam nya. Ummi memang dah agak akan jadi macam pagi ni.

Sayu plak hati tinggalkan Aimi tadi, menangis siap ngan kaki nya sekali tu.

Masuk office, da berkumandang lagu raya. Sakan secretary, Kak Ghina. Puasa baru 3 ari kak.

Tapi sebab mood dah kelaut, just ignore je la. Dari pagi sampai nak masuk ke tengah hari, cuma melangut je la. Kerja banyak je nak kena buat. Nasib baik bulan puasa, kalo tak memang dah pergi minum-minum je ngn opismate ni.

Dalam office pun tak semeriah macam biasa. Ape hal korang ni? bulan puasa, suara pun puasa jgk ke ape?
Kalo tak, ade je cerita yang melucukan. Sampai sakit perut ketawa.

Betol la, suasana memainkan peranan penting. Bila dalam office x ceria, mood pun ikut sama x ceria. Bukan aku sorang je Tuesday bluess ni, aku tengok semua orang pun macam tu.


Berjam-jam aku cuba cipta mood, paksa budak2 ni buat call. Cepat-cepat, aku nak sedut aura korang. Hurm, tak de maknanya..

Tengah syok-syok melangut, perut lak rasa x best. Tanda-tanda macam cik P nak datang je. Baru je bercadang nak bagi Aimi adik. Bahahaha…

Kalo cik P datang awal2 puasa, comfirm raya pun akan awal..Jangan datang masa 1st raya sudahla… Kang mood nak beraya pun jadi spoiled.

Ikutkan hati macam malas je la nak masuk office, tapi memandangkan nak kena pergi Bangsar untuk collect beberapa cheque client. Pergi juga la. Ade chance balik awal la ni. Walhal bulan puasa waktu bekerja dah di awalkan. Balik jam 4.00 petang.

Ok la, sekian laporan dari aku untuk aktiviti hari ni ya.
Berharap masa cepat berjalan.




Nak naik pelamin lagi!



Firstly, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat puasa pada tahun ni.

Pasti ramai yg amek kesempatan untuk balik kampung bagi sambut 1st puasa ni ngn family kan? Termasuk la ngn aku sekali.
Sebenarnya macam da jadi tradisi untuk sambut 1st puasa dekat rumah mak mertua. Memang meriah bila berkumpul ramai-ramai.

Entry kali ni aku bukan nak story pasal bab pose, bab pose next entry ye.

Last Jumaat aritu, kitorang pegi Pasir Gudang. Ade jemputan KAHWIN.. Haaaa!kahwin ko. Gagah giler sehari nak pose buat majlis kahwin… Memang menguji tahap keimanan tu. hahaha…..

Actually majlis nikah tu buat lepas solat jumaat. Tapi kitorang x sempat nak sampai. Pagi tu Abi Aimi still keje, amek half day. Aku memang da minta cuti awal2.

Kitorang sampai Pasir Gudang jam 8 malam, terus check in Hotel. Da rehat2 kejap, mandi then terus kelua.. Since kekawan abi Aimi memang ramai kt sana, so melepak la kejap. Da lama x jumpa. Nama je 1 kampung, tp bila balik kampung bukan dapat jumpa pun.

Ni kali ke2 aku ke sana. Before this masa nak honeymoon dulu. So, kiranya ni honeymoon 2nd time la. heheehe…

Sabtu, majlis bersanding. Buat dekat restoran. Member kitorang ni kawen dgn anak tokey kedai. Memang meriah la. Maybe tokey kedai pun sambil nak sambut bulan Ramadhan, dats y agaknya buat majlis nak dekat pose ni.


Sama cantik , sama padan. Tahniah Ejun dan pasangan, Syakila.
Best part, Mr.Groom & Mrs. Bride lulu bawah pedang. So sweet je.




Ade budak2 silat, budak2 zapin. Comel2 je.


Si debab ni mula la nak melasak.

B, rasa macam nak naik pelamin sekali lagi je bila tengok diorang ni punya majlis. Nak request boleh tak? Nanti anniversarry kita yang ke-5 kita naik pelamin lagi. Bhahahahaa…… Nape yang ke-5? tetibe je….Kan?


Akhirnya tuan belog sudi nak share pic sendiri…

Aimi da x de mood, perut da kenyang, mata dah layu. Ummi tau adik nak ape, tapi ummi saje buat x layan. Kalo sumbat memang comfirm tido. Malu la dik, tak kan nak nenen kt tempat cmtu.

Eh-eh, nape aku senyum macam tu?

Dekat majlis tu dapatla jgk ktrg jmp kekawan lama. Selalu je contact sebenarnya tapi nak dapat kumpul sesama macam ni memang susah la. Memasing da de komitmen.


Ha, yang couple duduk kat tengah tu sedang darah manis. Cooming soon je tu, next wedding kita fly to Sarawak plak ye. Memasing dah booking tiket. Yang apit dua2 di tengah tu, selepas darah manis ni kot. Ye ke En.Shot? Hehehehe….


Tahniah sekali lagi Ejun dan pasangan. Ejun da gemok! Hehehe…Tapi nampak segak bila beruniform begitu.

Selamat menjalani ibadah puasa bersama yang tersayang. Jangan lupa pergi teraweh tau. :)

Moga berkekalan hingga ke Jannah, insha-allah.