Friday, October 3, 2014

Kaedah Memenuhkan Simpanan Haji

Assalamualaikum semua…

Lagi 2 hari je nak sambut hari raya Aidiladha. Seronok betol kalo ade ahli keluarga yang dapat pergi haji tahun ni kan. Dapat diorang beraya kat Makkah, tertunai dah impian kita. Ce bayangkan kalo diri kita yang dapat pergi, mesti lagi seronok kan? 

Memang seronok sangat2 pergi sana, perasaan tu tak boleh nak gambarkan dengan apa2. Jun 2010 aku pernah ke sana mengerjakan umrah sambil berjalan ke Jordan. Sejak tu memang aku dah berazam nak pergi ke sana dengan abi Aimi kalo kitorang ade jodoh..Masa tu, belum kahwin lagi..Hope tercapai impian aku tu. So camne nak bagi tercapai jap gi aku cite ye.

Tapi 1st step yang aku buat ialah daftar haji terlebih dahulu dengan pihak TH. Kiranya gunakan sistem Muassasah, tahun 2067 M….lama beb tahun kitorang terpanggil nak tunaikan haji nanti. Dekat umo 90 da kalo betol ikut giliran Muassasah ni...Dengan Aimi pun aku daftarkan sekali. Pendaftaran Haji u'olls kene ade rm1300.00 dalam akaun. Then nanti TH akan lock kiranya sebagai deposit la dan duit tu tak boleh dibawak keluar.

Memandangkan sekarang ni keje aku adalah untuk mempromosikan Pelan Simpanan Haji dan Umrah (MABRUR). So aku pun tak lepaskan peluang untuk sertai pelan MABRUR ni. Dengan harapan bolehla kitorang suami isteri tunaikan Haji cepat sementara badan masih kuat. Apa yang aku nak cakap pelan MABRUR ni memang sangat2 bagus, rasanya belom ade lagi produk simpanan yang terbaik especially dalam melibatkan perjalanan kita menuju ke Illahi. Sebabnya dengan pelan MABRUR ni boleh percepatkan untuk pergi Haji. 

Pelan ni akan membantu memenuhkan simpanan haji korang. Pelan ni, die bagi dana secara percuma. YES!FREE oke.Yang akan di auto-credit ke akaun korang secara peringkat berperingkat setiap tahun. So, untuk dapatkan dana tu korang kene buat saving. Jumlah dana yang korang pilih tu akan menentukan berapa saving yang korang perlu simpan dengan pihak Etiqa mengikut umur dan jantina.
Yang aku suka dengan pelan MABRUR ni ialah, korang:

 PASTI HAJI walau ape berlaku, samada dikerjakan sendiri@melalui badal haji sekiranya  sakit, meninggal dunia @ hilang upaya kekal.

Nampak tak tagline MABRUR ni? agak-agak kalo sekadar simpan biasa2 kat TH macam gitu je boleh dapat ke? Kalo pun saving korang dah penuh, silap hari bulan pewaris korang dah berebut-rebut nak duit tu. Korang pun tak boleh nak buat ape, da tak de time tu..Senyum je la kat atas langit tengok gelagat diorang...Pehtu tak de nya diorang nak buatkan badal haji untuk korang. Tak haruuuuu jadinya.

Ni serba ringkas aku bagitau..Nak lagi detail korang call/ msg/wassap je aku. Nanti kita boleh set appointment kat mane2 bile2 je ek. Aku terangkan lagi panjang lebar dengan korang.




Ketika ada antara kita yang sanggup melanggan siaran kegemaran secara bulanan, ada yang sanggup membeli rokok, mendapatkan rawatan kecantikan di spa mewah dan sebagainya. Tetapi apabila berbicara soal ibadah Haji, ada yang memberi alasan kami tidak tergolong dalam orang yang berkemampuan.

IDRIANIS MUHLIS
013- 599 1066


Wednesday, October 1, 2014

Minyak naik VS Naik Minyak

ohoiiiii,,,lame ny x update blog ni.. kesibukan yang melanda diri tahap maksima punya. Eh, tipu je sebenarnya…

Tak la sibuk mana, malas je lebih..bhahaha….banyak sangat halangan nya..Dengan line internet problem dekat 2 minggu.Nak g report TM, tak sempat2. La ni, dengan si Aimi Naurah yang da pandai berjaga malam..Kalo dulu lepas jam 8 malam dah aman bahagia utk aku ber'pesbuk, bersosial di alam maya. Sekarang ni jam 10 pun belom tentu nak tido..Keje ny keluo masuk bilik…Turun naik katil je. Letih aku.Ummi ko ni dah la keje dik. Tapi esok x keje! kalo tak mau rabak mata aku esok.

OK cukup pasal tu. Nampaknya malam ni tranding #minyak naik 20sen. Kecoh kat pesbuk dengan status naik minyak 20sen pehtu memasing upload gambar tengah tunggu turn nak isi minyak kat petrol pump. Petrol pump penuh sesak la, ade petrol pum yang tutup kemain awal pasal nak untung lebih esok la. Macam-macam…APTB.

Yang salah sorang bersesak tu termasukla abi Aimi…mujur takde pesbuk je orang tua tu, kalo tak sama jugak nak update. Argh!..,ala aku pun same jugak, pakat bukan aku yang pi isi minyak tu.bhahaha….

Bila minyak dah naik, mula la ramai2 naik minyak pasal lepas ni kompem segala benda akan naik…nak pulak dengan GST yang sedang rancak dilaksanakan. sah2 esok santan naik 20sen!…ohoiiiii, ahad nak raya..mak aku nak pakai santan 5kilo buat masak rendang. 

Tu pasal la malam ni ramai yang sanggup beratur panjang nak isi minyak pasal ramai yang nak balik kampung. Ibaratnya elok-elok RM100 duit minyak buat balik kampung, sape terlepas isi malam ni jawabnya melayang la RM200..banyak beza tuh hoiiiii. 

Memang terasa la bila everything naik rege. Especially bila dah kawen ni..Dulu time bujang, tak de terasa and fikir pun hal-hal cam gini. 

Patutnya kerajaan cari jalan camne nak kurang kan kos, ni makin lama makin naik. Esok sama2 dengar jelah ape alasan deme-deme yang berkaitan pasal isu kenaikan minyak ni. Tak guna bagi BRIM kalau kos hidup naik. 

Aku nak cite lelebih bab politik ni malas. Pasal politik pun boleh jadi gaduh. Jangan memain woooo..

Ape pun yang da naik akan tetap naik..Turun-turun memang tak de nya. Yang penting sekarang kena berusaha lebih lagi la. 


Nota kaki: rupe2nya gula sekampit RM2.85 ye, terkezuttt ai.

Tuesday, September 2, 2014

Cuti…cuti…cinta..

Disni lahirnya sebuah cinta…
Yang murni abadi sejati…
Disini tersemai cita-cita..
Bercambah menjadi warisan…

Andai kuterbuang tak diterima…
Andai aku disingkirkan…
Kemana harus ku bawakan…
Ke mana harusku semaikan cinta ini…

Peh! feeling babe nyanyi lagu ni. Meremang bulu roma aku.

Btw SELAMAT HARI MERDEKA korang semua.

MERDEKA….
MERDEKA…
MERDEKA…

OK, dah..cukup untuk laungan Merdeka tahun ni..hihi…

Dah berminggu tak up entry terbaru..banyak je benda berlaku kat life aku tapi ade certain part yang aku  malas nak story, bukan sebab tak menarik tapi tak nak bagi korang menyampah baca..tak syok la sume benda nak show off. Kena gak ade privacy dalam hidup ni..hihi..

Btw, sebut pasal Merdeka ni, of course la membabit kan cuti kan..Ha…syiokkk giler Aimi Naurah pasal ummi die ni cuti lama giler..Macam ummi die plak yang join perbarisan Merdeka kat dataran..hihi..
Masuk hari ni, 6 hari aku cuti start dari Khamis ari tu..Sebetulnya hari ni keje, cume half day coz tadi pagi Aimi checkup kat hospital.  Yang gatal sangat cuti hari Khamis tu sebab dah tahu abi Aimi ade keje dekat Proton selama 2 hari hingga Jumaat. Giler tak seronok bile Mr.SoULmate kene keje dekat sini, siap amek cuti nak serve baik punya…Hahaha..

Ikut kan planned awal, hari Jumaat baru aku akan half day keje dengan bawak si Aimi terus ke tempat keje. Lepas habis keje terus gerak balik ke Johor coz ade keje kawen weekend tu. Maka masa minggu sebelum tu da packing siap2 kain baju masuk dalam bonet. Nanti tak de la abi Aimi nak kene patah balik amek kitorang. Tetibe last minute abi Aimi ade job dekat Proton..Usung balik le beg2 sume tu.

Aku memang seronok sangat la bila abi Aimi kene keje dekat sini.. Al-maklumlah, kitorang kan weekend hubby n wifey. Bukan senang nak dapat bantal peluk masham-masham ni.. haha, sila jangan muntah yea!
Aimi pun seronok jugak.. Petang-petang lepas habis keje, bawak Aimi round naik motor. Siap pegi ngeteh kat kedai. Pehtu siap pegi men Go-Kart… Dah dekat 2 tahun kot go-kart ade kat Tg.Malim ni tapi aku tak pernah pun pegi. Hari-hari dok lalu je la..Kebetulan abi Aimi saje la nak enjoy2 ngan team work opis die. Diorang2 stay dekat homestay, so petang2 nak menikmati suasana yang ala-ala kampung ni. Sekali-sekala lari dari kesibukan ibu kota, seronok!..

****************************************

ummi: Aimi, seronok kan kalo hari-hari abi ade keje kat sini. 
boleh jalan2 lepas abi habis work.
abi: kat KL pun boleh..
ummi: kat KL tak sama, mana dapat pusing mcm kat sini..

 *******************************************

Jumaat tengahari kitorang terus gerak balik Johor tapi sebelum tu pegi Seremban dulu sebab ade job pulak dekat situ.. Berejam jugak la aku tunggu dalam kete. Dalam pukul 7 baru kitorang gerak ke Johor. Memang perjalanan yang panjang la hari tu.

Isnin tengahari kitorang dah gerak semula balik ke Tg.Malim. Tapi sebelum tu singgah dulu ke KL, melawat bestie forever aku yang dah sarat tu, tunggu hari je ni, sambil2 hantar Shaklee untuk regular customer. Dari raya nak pegi melawat, tak terpegi-pegi..ade je hal nya. Lastly jumpa jugak. Sambil-sambil merisik untuk si Aimi.

Eh-eh…bukan merisik cari calon. Lagipun takkan pihak pompuan lak yang nak merisik lelaki.. Ni merisik calon nak jage Aimi dekat KL nanti bila dah pindah ke sana semula. Alhamdulillah, selesai jugak masalah. Harap-harap semua perancangan kitorang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Kesian abi Aimi lama sangat  membujang kat KL tu.. dah tak lalu nak makan kedai katanya..tak sanggup jugak gigit bantal je tiap malam..hahahah..
sabo…sabo….

Hurm..harap-harap ade rezeki yang satu tu nanti.. Kalo ade, nanti baru aku cite ye. Cume ape yang berlaku dalam life kitorang ni, memang Allah dah atur cantik je. Kalau menjadi yang 1 ni, memang dah cantik sangat la perjalanan nya ni.. Sume ny tersusun cantik je. Ngam-ngam je...Kebetulan ke ek?

Surprise tak?tunggu…….hehehe...sambil tu, korang sume doa2 ye supaya life kitorang ni dipermudahkan dan bagus-bagus aje.

Monday, August 25, 2014

Satu Malam Tanpa Aimi

Untuk pertama kalinya semenjak lahirnya Aimi dari umur sehari sampailah sekarang dah setahun 3 bulan (lagi seminggu), malam tadi tido tanpa Aimi. uwaaaaa…….Berat hati nak tinggalkan Aimi.
Al-kisahnya, nak ajar Aimi untuk biasakan diri tanpa ada aku. Supaya next time aku dengan abi Aimi nak g honeymoon lagi senang. Hahaha…

Biasanya bila hari ahad malam isnin abi Aimi balik KL. Unless kalau tak ada apa2 benda yang penting,  malam tu abi Aimi akan tido Tg.Malim. Isnin pepagi tu baru kitorang akan pegi keje sama-sama. 
Kekadang tu aku goda2 gak supaya tido sini je, sebabnya pagi aku boleh pergi sekali. Bukan selalu nak feeling ade pakwe hensem anta g opis kan. Pehtu nanti dah sampai opis, boleh salam ciom tangan , kiss pipi ngan molot..Hahaha…i loikeee, korang tak yah nak geli sesangat la ek. phuiii, ade orang ludah. blueekk!bhahaha…..

So, taktiknya nak tinggalkan Aimi memule sebelum balik KL dalam pukul 8.30 malam bawak Aimi keluar pusing-pusing kejap. G bawak makan, bagi die makan kenyang-kenyang.. dah kenyang bile balik, breastfeed kan kejap lena la dak Aimi Naurah tu. Bila die dah kenyang, sekejap je die bergayut.
Dalam pukul 10 lebih kitorang gerak balik KL. tapi sebelum nak gerak balik tu, hati aku dah sayuuuuuuu…. Lama aku ciom2 die, rasa macam tak puas je. Bukan nak g jauh sangat pun. Esok petang dah jumpa semula. Abi Aimi dah perli-perli aku. Siap cakap Aimi ok je, ummi yang lebih-lebih touching. Of course la b.. Tak pernah kot tido malam tanpa die. Nak lagi dah faham sangat pe'el die macam mana. Tengah malam kalo tak terjage, merengek ek…ek…ek… nak susu memang tak sah. Boleh dikatakan bila malam Aimi memang akan kerap bangon nak susu, kekadang sekali menyusu sampai sejam. Camne tu nak tinggalkan?

Sampai KL dalam pukul 11 lebih. tapi sepanjang perjalanan tu hati dok ingat kat Aimi je. Macam mana la agaknya malam ni Aimi ye…abi Aimi senang je cakap nya, relax la. tak de apa2 la..Waaaa…cakap senang la. Awak tu seminggu 2-3 malam je tido sama-sama dengan Aimi. orang lelaki ni memang kan.

Sampai KL, aku call rumah kononnya nak tanya keadaan Aimi. Ok ke?Bangon ke?nangis ke? bepuluh kali aku call tak angkat. OK, maybe dah tido.. sedapkan hati. Tapi sudahnya pukul 1 pagi pun aku masih belom tido lagi. Abi Aimi kat sebelah dah lena di ulit mimpi sebab kali ni tido malam nya berteman dan untuk pertama kali sejak ade Aimi tido malam nya tanpa ade halangan di tengah2..hahaha…aku pun tak tahu jam berapa baru aku terlelap.

Pagi pun lepas dah siap2, try lagi call rumah. Pun tak berangkat. Sampai opis, aku try lagi call tapi kali ni call no hp akak aku. Sebab, biasanya dalam pukul 9 pagi tu akak aku memang dah ade kat rumah emak. Rupanya tepon rumah rosak. Langsung tak de bunyik walaupun aku call berpuluh kali.Mak cakap 3 kali jugak Aimi bangon. 
Budak tu bangon siap duduk dan tengok siapa yang tido sebelah die. Malam tadi tu adik aku dengan mak yang tido teman kan Aimi. Agaknya Aimi tengok orang lain, die tido balik tapi mak cakap terpusing-pusing jugak die. Pagi tadi pun die bangon awal pastu muke dah sedih2. Bila kakak sepupu die, Ajwa datang baru die seronok dah de kawan.

Hurm…dah kire berjaya percubaan pertama ni, abi Aimi suruh biasakan. Walaupun Aimi ok tapi rasanya naluri aku sebagai ibu ni belom ready sangat nak tinggalkan die lelame. touching lebih la ummi ko ni!


Friday, August 15, 2014

Ujian PAP SMEAR- saya sudah!

Hari ni aku buat ujian PAP SMEAR kat klinik kerajaan. Last week lagi nak buat sebenarnya, masa tu g klinik dah isi form, puan misi tanya bila last cik P habis. Kebetulan time tu baru habis 4 hari so x boleh la nak buat. Syarat die mesti habis cik P selepas 10 hari. Tak boleh buat seks dengan partner korang dalam tempoh 24jam. Tu yang puan misi bagi tarikh hari ni...Aku dah excited nak buat masa tu, ye la dah berbulan-bulan suh buat, baru sekarang get ready nak buat. Takot…hahaha..

Kejap je rupanya prosedur nya. Aku siap tanya lagi puan misi sakit ke tak? puan misi cakap tak cuma tak selesa je. Sengal kan….main boleh je tahan kalo sakit pun…hahahahah…oppss!!…budak bawah umo sila tutup mata ye...Ternyata bila dah buat memang tak sakit pun.

Mulanya memang aku malu giler. Aku rasa ramai lagi wanita kat luar sana yang belom pun buat ujian PAP SMEAR ni sebab MALU. Ye la, baring terkangkang pehtu tunjuk lak "kita punya" tu kat doktor/ misi dalam keadaan sedar. Memang sesuatu yang amat memalukan. Time bersalin dulu lainla, sebab dah sakit tak fikir ape da. Lagi pula kalo dapat doktor lelaki, comfirm aku request suh tukar yang satu jantina ngan aku. Kurang sikit malu. 

Hurm..tapi next time bersalin aku nak request doc perempuan. Bukan la pasal malu tu tapi sebab aurat. Walaupun dari segi perubatan dibenarkan tapi kalo de option lain, why not kan. Pengalaman bersalinkan Aimi masa tu memang tak de knowledge, then tak terfikir langsung pun pasal doc apa yang patut sambutkan Aimi. Memang khilaf aku la. 

Tapi, ujian PAP SMEAR ni sangat penting. Ianya mudah dan tak sakit. Kanser servik ni adalah kanser ke2 paling kerap berlaku dikalangan wanita. Boleh dikesan awal melalui ujian pap smear. Kalo terkena kanser ni boleh bawak maut beb!takot tak?ngeri tak? Ha,,g cepat2 buat. Aku tanya puan misi result bila keluar, die cakap dalam masa sebulan nanti pihak klinik akan call untuk inform. Kalo de masalah kena la buat 6 bulan sekali. Tapi kalo OK setahun sekali dah memadai. Hope so, result aku tu OK. Takut jugak ni.

 Perasaan time ni, nervous ada, takut ada, malu pun ada.

Alat yang digunakan, Vaginal Speculum ni la yang akan dimasukkan 
ke dalam alat sulit kita



OKE, aku share sedikit info tentang PAP SMEAR dan prosedur-prosedur untuk korang ya,

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?





















  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Rujukan.
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer








Thursday, August 7, 2014

Herb-Lax Shaklee penyelamat

Salam semua…
Sebelum tu nak bagitau la if korang nak dapatkan supplement kesihatan dari Shaklee boleh roger2 ye. Insha-allah harga-kasih-sayang aku bagi korang semua. Services pun comfirm tip-top-tak-menyesal. Hehehe…

Kat blog ni memang aku tak pernah pun share pasal produk Shaklee ni. Tapi malam ni rasa cam nak share info untuk korang. Rasanya ramai yang ambil mudah, tapi comfirm ramai yang menghadapinya. Aku nak share pasal Herb-Lax. Herb-Lax ni untuk orang yang ada sembelit, susah nak membuang. 

Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.

Yang seminggu sekali baru nak membuang. Ha….nampak macam perkara biasa kan? 
Korang pun mesti alami. Termasuk la aku ni. Memang tak malu nak ngaku punya. Walaupun aku Shaklee Distributor tapi aku tak pernah try pun Herb-Lax ni. Lain-lain supplement memang aku ambil especially untuk kulit dan breastfeeding. Sampai la suatu hari aku terbaca pasal satu article ni.


Mengikut kajian, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat enam hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus. 
Ini menyebabkan keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras.
Ini disebabkan usus hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil melalui saluran usus yang sempit.
Akibatnya kebanyakan daripada kita mempunyai masalah sembelit.



Relax lagi baca….sebab ramai je ade masalah nak membuang. Bukan aku je..So, ambik mudah je benda ni. Sampai la plak aku nampak satu picture ni.


Ha…..takut tak? sampai kene bedah usus tu bila da masalah sembelit tu terlalu kronik….eeeeeee, mak takut!!! tidak!!tidak!! aku pun cecepat amalkan Herb-Lax sejak dari tu. Alhamdulillah sangat membantu. Selain dari atasi masalh sembelit, banyak lagi kebaikan Herb-Lax ni. 

Antara kebaikan-kebaikan Herb-Lax adalah:


Herb-Lax ni tak perlu makan hari-hari sebabnya tak nak la nanti perut tu jadi manja sangat. Terlalu bergantung kat Herb-Lax ni je, asal nak membuang je cari benda ni. Tak bagus pulak kalo jadi macam tu.

 Memadai kalo ambil 3biji untuk 3kali dalam masa seminggu. Herb-Lax ni bekerja dalam masa 8 jam selepas ambil. Comfirm tak akan mengalami cirit-birit macam teh orang kampung. 
Bukti nya? sebab aku sendiri makan. Hihi

Ada consumer cakap, bila membuang puas. " Selambak" je keluo nya. Korang gelak? eyh!, kalo orang yang memang de masalah sembelit tetibe membuang macam tu memang syiok habis kot. Legeeeee…. hihi…

OK la, aku pun tak nak cite bebanyak. Kalo korang de masalah sembelit ni cepat-cepat wassap aku. Aku sedia membantu korang. If korang beli dengan aku atau nak guna ID aku, aku akan bg free consultant kat korang.
So?ape lagi meh wassap aku 013 599 1066.

Raya-salam-kosong-kosong

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, trend tahun ni salam kosong-kosong. Kemain ringkas lagi nak minta maaf, ngan aku2 pun terikut sama ayat tu… kalo dulu " saya minta maaf kalo selama ni ade salah dan silap, terkutuk, terambil dan segala terrrr la…."
hahaha, kemain kuat pengaruh TV ni. Kan? tak kisah la kan….yang penting hati tu ikhlas minta maaf. 

Neway tak terlambat lagi kan nak wish…raya sebulan kot….hehee…cuti raya seminggu, isnin da start masuk opis..tapi mood still lg mood raya…so bila masuk opis pun lemau je jadinya….ni pun dari sehari-ke-sehari nak update entry terbaru.

OK tak yah buang masa nak intro panjang2…1st raya tu, kami beraya di kampung aku. Actually tahun ni turn kampung abi Aimi tapi sebabkan Sabtu raya ke-6 ada wedding kawan abi Aimi maka tanpa berbincang dengan aku, abi Aimi terussss baik je nak bagi turn pd aku. Yang tak adil tu raya 1st tu gak nak gerak balik kampung abi Aimi dekat Johor...Kemainnn baik je die pancing, dalam diam da buat plan sendiri. Nasib baik la aku mengenang kan sepanjang bulan puasa da memang kat Tanjung Malim je, so redha je. 

Malam raya tu tetibe badan Aimi panas…Sabtu tu badan Aimi tumbuh bintik2 merah macam kena gigit nyamuk.. Aku dah syak Aimi kena chicken pox. rasa down gak la sebab aku dah berangan kecomelan Aimi akan terserlah bila pakai baju2 raya semua..hahaha, poyo kan…sape lagi nak puji?hehehe…
So malam-malam raya tu kitorang bawak Aimi pergi klinik. MO suruh pergi hospital untuk ambil darah untuk comfirmation, tapi abi Aimi tak nak. Takut Aimi kena tahan ward, kang tak jadi beraya kat Johor. Ceghedik kan?

Muka Aimi masam je sebab badan tak sihat

Pagi raya tu lepas sembahyang raya, makan-makan, salam-salam dalam pukul 11 jugakla kitorang bertolak. Sempat jugakla pagi tu aku bersilat kejap kat dapur. Kitorang terus ke Melaka kampung arwah ayah. Da memang tiap tahun raya 1st lepas berkumpul kat Johor, family abi Aimi akan beraya kat Melaka. 

Meet point dekat Melaka. yang baring dekat kaki abi Aimi tu adik yang no-4 Cikgu Ijan, aimi panggil ancik. Yang tergendeng tu adik no-5 Apip @ adik @kodek masih study dekat UIA. Aimi panggil ateh.

Selesai berkunjung ke semua rumah saudara-mara belah arwah ayah dekat Melaka, dalam pukul 9 kitorang gerak balik ke Johor. Sebelum tu, sampai kat Muo kitorang pergi Hospital nak check Aimi. Doc cakap memang Aimi kena chicken pox. Kesian Aimi, dah menggaru je keje nya. Kesian gak kat aku dengan abi Aimi. Aimi ni punya pe'el kalo tak sihat die tak nak ngan sapa2. Pantang kitorang hilang, mula la nak menangis. Dah aku langsung tak boleh nak nolong buat keje. nak kena duduk je depan die. Yang bagus nya plak walaupun tak sihat Aimi ni tetap aktif. Melasaknya sama je macam sihat. Tu yang aku rasa lega.

Dah start nak tumbuh dekat muka. Style baru bila nak bergambo, 
macam gini la ghupe  nye. Lawo sangat la tu…

Dah pandai salam dengan orang. 

Ni nenek abi Aimi, Pn. Rosmi. Aku panggil embah, abi Aimi panggil mak. Aimi plak panggil yut (buyut). Rumah embah sebelah rumah MIL je. Hari biasa embah tinggal dekat rumah ibu, raya ni embah "balik kampung" juga. hehehe….Alhamdulillah masih sihat wal'afiat lagi embah ni, cuma kaki je dah tak berapa kuat. Walaupun  dah uzur, embah tak pernah tinggal solat. Cukut jaga waktu solat nya. Semoga embah dipanjangkan umur dan sihat wal'afiat hendaknya. Ramai lagi cucu-cucu belom kawen, harapnya sempat tengok sampai ke cicit. Amin…

Aimi dah kepenatan..sebijik gaya tido cam abi die, da tido tak sedor ape2.


   Pic family sebelah aku ramai2 banyak tapi masih belom sempat nak transfer ke lappy. Pic raya dengan family abi Aimi pun masih dekat kedai lagi. Tu pun pergi tangkap masa raya ke-2. Kebetulan tahun ni semua adik-beradik abi Aimi ada. Bukan senang nak dapat complete macam tu. Family aku plak ateh yang tak sampai lagi. So layan pic kitorang anak-beranak je la ye. 

Btw both our family banyak persamaan. Adik-beradik kitorang ada 7 orang. Aku dan abi Aimi, kitorang sama2 anak ke-3. Yang sulung sebaya. Yang 2nd pun sebaya. Yang 3rd kitorang pun sebaya juga. yang ke-4 ade beza umur. Yang ke-5 pun sebaya. Along (kakak abi Aimi) dengan ateh (adik aku) sama2 berkhidmat dengan kementerian kesihatan sebagai Misi, cume lain2 hospital. Banyak lagi persamaan dan kebetulan kitorang berdua ni. Tu la gamaknya jodoh panjang. dah 10 tahun kot…lamanya…alhamdulillah…moga2 sampai ke jannah hendaknya kita ni ye B...

Bulatnya aku…..

Tengok pic ni, rasa kecewa je…hakikatnya aku dah gemok. aish…..stress!!! 2 hari lepas timbang dah 55kg. OMG!…terserlah kebulatannya dekat pipi tu. siang tadi pun aku asyik dok belek muka kat cermin je…da nampak double chin tu. tak boleh jadinya..alahai….camne nak diet? weekend sepanjang bulan syawal ni pack dengan open house. hujung minggu ni aje hari sabtu ade wedding officemate, petang tu ade open house…ahadnya pun ade open house jugak…uwaaaaaaaaa….




Thursday, July 24, 2014

Dalam kenangan

Lagi 4 hari je nak sambut raya. Alhamdulillah, sume preparation dah siap awal2. Baju raya, kuih raya, duit raya aku da prepare awal2. Mood memang rasa excited sebab anak dara dah beso..da boleh makan macam2, dah boleh merangkak, berjalan selangkah dua. So, semestinya persediaan lebih pada anak dara.  Kasut raya dah beli siap ade bunyik2 lagi. Baju kurung aje 3 pasang, baju gaun 3 pasang.

Tapi tetibe dari semalam aku rasa cam sayu je….hati ade merindu seseorang. Seseorang yang sangat2 aku sayang dah kasih. Tapi seseorang tu dah x de lagi, ye…..dah meninggal dunia…iaitu FIL ak, arwah Hj.Isnin bin Mahmot.

Seriously, bila teringat air mata mesti mengalir..Banyak sangat memory dgn arwah. Arwah ayah sangat2 baik dan penyayang. Walaupun ayah seorang yg tegas tapi ayah memang sporting sangat. Ayah merupakan pencen guru kanan. Dalam pada tu jadi guru mengaji jugak pd anak2 dan iman sekali sekala di surau yg selangnya cuma 1 rumah je. 

Ayah seorang bapa yang penyayang dan suami yang romantik pada aku. Suka sangat tengok bila ayah bergurau senda dengan ibu. Selalu jugak ayah menyakat ibu. Memang aku kagun sangat dengan keperibadian ayah. Kat kampung boleh dikatakan ayah sangat dikenali. Sampaikan ke anak murid semua menghormati ayah.
 Dan pada aku ayah dah berjaya mendidik semua anak2 ayah menjadi manusia yang berjaya dan berguna. Memang aku sangat menghormati arwah. Aku berharap keperibadian ayah akan jatuh pada abi Aimi terutama dalam mendidik anak dan menjaga kebahagiaan keluarga kami.

Raya ni, merupakan tahun kedua tanpa ayah. Aimi yang tak sempat nak jumpa dan kenal dengan arwah. Aimi tak dapat nak panggil ayah dengan gelaran Tok Ayah. Bila di ingat balik masa aku dgn abi Aimi tahu yg aku preggy, memang aku sangat2 terkilan. Kononnya nak buat surprise pada semua orang sebab masa tu tak sampai sebulan. So tunggu la masa yang sesuai bila balik kampung nanti baru announce kat sume. Tetibe satu hari, dapat call dari angah (kakak ipar aku) bagi tahu ayah dah x de. Memang aku x percaya dan terkedu sebab masa balik kampung sebelum tu ayah sihat sangat. Cuma ade la batuk2. Tu pun sebab ayah memang merokok.

Masa dapat panggilan tu, aku tengah sibuk dekat kedai. Abi Aimi pulak ade keje dekat Kuantan. Kelam kabut di buatnya. adik ipar datang jemput, dan alhamdulillah kitorang sume termasuk abi Aimi yg dari Kuantan sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan. Sepanjang perjalanan masa nak balik kampung tu memang aku menangis je. Akhirnya niat nak buat suprise untuk semua, jadi lain. Kami yang kena "suprised".

 Memang terasa ralat sangat, kalo la boleh di putar balik memang nak sangat bagitaw pd ayah yg ayah akan jadi atok. Ayah memang teringin sangat nak cucu, Aimi cucu sulung dalam family abi Aimi. Tapi ade cucu angkat,  Fya anak kepada angah. Time angah keje, akan hantar ke rumah ibu. So arwah dengan ibu la yg akan jaga. Memang nampak la baik ibu mahupun ayah sangat sayang pada Fya. Aku dah terbayang yg Aimi juga akan dapat kasih sayang dan perhatian yg penuh mcm tu. 

Pemergian ayah memang sangat mengejutkan, ayah tak de sebarang penyakit. Pagi sebelum meninggal tu, ayah sempat lagi pergi ke paso pagi dengan ibu. Siap ngeteh lagi. So memang ayah ade jumpa org2 kampung. Balik dar paso, duduk2 depan TV dengan ibu sambil borak2. Ibu bangon kejap nak ke dapor. Bila ibu ke depan semula, ayah terus dah tak de. Ayah pegi dengan senang. Satu kampung terkejut sebab pagi tu ayah nampak sihat. Masa nak cium jenazah, muka ayah sangat tenang. Ayah memang layak dapat macam tu sebab ayah sangat2 baik.

FIL arwah ayah, Hj.Isnin Bin Mahmot dan MIL ibu, Pn. Nurianah@Halimah Binti Salikin

8 tahun (2005- 2012) aku mengenali ayah, sepanjang tu ayah menganggap aku mcm anak kandung sendiri. Rasanya ayah lg syg aku dari abi Aimi sendiri. Tiap kali datang sana dan nak balik sebelum kahwin dgn abi Aimi, ayah mesti peluk dan ciom aku. Memang aku rasa janggal sangat. abi Aimi sampai jelouse. Bila dusun berbuah, mesti ayah akan mesej " Dusun dah berbuah, kalau nak makan buah-buahan balik le kg ". Dan bila tiap kali datang, memang ayah dah simpan siap2 buah-buahan tu. Bila nak balik mesti dibekalkannya buah-buahan tu. Nasib baik ayah sempat tengok aku dan abi Aimi naik pelamin.

Ayah seorang penasihat yg terbaik. Pendapat ayah sangat bernas. Ayah tak pernah memburuk kan orang lain. Sentiasa berfikiran positif. Sepanjang 2 tahun ketiadaan ayah, banyak perkara yang terjadi. Ada masa sampai aku menangis mengenang kan ayah yg tak de. Tak de lagi tempat untuk kami semua mengadu dan minta pendapat.

Semoga arwah ayah tenang di sana. Kami, anak cucu ayah sentiasa mendoakan ayah. Tak sempat anis nak ucapkan terima kasih pada ayah atas semua kebaikan dan keperihatinan ayah pada anis. Anis bersyukur sangat dan rasa berbangga mempunyai FIL seperti ayah. 

الفاتحة buat arwah ayah….




p/s: Seandainya ayah masih ada, banyak sangat yang anis nak ceritakan pada ayah.




Saturday, July 19, 2014

Ayam Panggang Madu

Eh….eh…ketagih lak nak share resepi kat blog ni..Cam best lak, ase cam terror nau aku masak..Bhahaha….Hari ni aku nak share 1 lagi resepi. Ni resepi kitorang berbuka last week. Kitorang buat steamboat dengan ayam panggang madu. Da seminggu baru nak up….Kannnnnn…..Nasib baik pic aku dah amek siap…Kebetulan hari ni ada mood nak up pasal makanan. OK tanpa membuang masa ye puan-puan, kita terus kepada bahan-bahan yang diperlukan….eceh….ceh…..poyo nau!

Bahan-bahan:

  • lengkuas
  • bawang putih
  • bawang merah
  • serai
  • madu
  • sos tiram
  • ayam
  • serbuk kari
  • chilli powder
  • bahan perasa
Cara masak:
  1. Memula blend lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai. 
  2. Kemudian gaul rata bahan yang dah di blend dengan madu, sos tiram, serbuk kari, chilli powder, bahan perasa.
  3. Kesemua bahan yang dah digaul sebati tu, letak kan ke atas ayam. Gaul rata gak kat ayam tu.
  4. Balut ayam tadi, dan perapkan selama 2 jam.  Lagi lama, lagi bagus.
  5. Selepas 2 jam, panggang ayam tadi sampai masak. 
 sos tiram dan madu

bawang putih, bawang merah, lengkuas dan serai yang siap di blend. 
serbuk kari dan chilli powder

cuci bersih ayam, memula kitorang nak buat kepak ayam panggang madu. 
tapi sebab bila pegi kedai, kepak tak ada plak...

gaul rata semua bahan2

perapkan ayam tu, lagi lama perap lagi sedap sebab bahan2 tu terus meresap masuk ke dalam ayam.
kitorang perap 2 jam sebab unplanned menu. kejap lagi nak berbuka baru nak buat.

selepas 2 jam, panggang ayam yang dah diperap tu, guna pemanggang 
ajaib lagi senang.

Ha…..simple je kan? yang tak reti masak pun boleh buat punya lah. Pic yang dah siap masak memang tak de ye, tak nyempat aku nak amek dah kene ngap dulu. Anak-anak buah aku asyik request ayam panggang madu ni je time nak berbuka. Sepanjang bulan pose ni dah 2 kali kitorang buat.
Ni pun sebab ada nya bantuan pemanggang ajaib. Memang best tau guna pemanggang ajaib tu, macam2 cara korang boleh masak. Nak kukus boleh, nak goreng boleh, nak panggang pun boleh. Kiranya multipurpose. 
Tu akak aku punya, beli masa g Padang Besar ari tu. Nyesal giler aku tak beli. Yang tu brand cikai je la tapi tak kisah la asalkan function nya sama macam brand Menang Glassware tu kan. 
Tapi MIL aku ade yang Glassware tu punya. Agak kecik sikit dari yang akak aku punya, then yang akak punya tu lebih dalam permukaan nya.

OK. Selamat mencuba korang :)

Friday, July 18, 2014

Murtabak Mini

Ok, aku share 1 lagi menu berbuka pose kitorang sekeluarga ari ni dengan korang semua. Siap je murtabak ni, terus aku up entry pasal murtabak ni.
Tak yah banyak cite, aku terus share je ye.

Bahan2:

inti
  • 2 keping daging burger ramly (ayam/daging) / daging kisar
  • 1 biji kentang
  • serbuk kari
  • bahan perasa
  • 2 ulas bwang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • daun kari
  • minyak
  • 1 1/2 cawan air
Kulit popia
3 biji Telur
Daun bawang
Bawang goreng

Cara2 masak inti:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah di blend.
  2. Masukkan rempah kari, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan air. (agak2 je sukatan air tu). Letak la bahan perasa secukup rasa.
  4. Masukkan daun kari, kentang dan daging burger tadi. Masak sampai kentang dan daging tu lembut. Make sure jugak air tadi agak2 kering. Jangan sampai berkuah sangat sebab nanti nak letak kat kulit popia tu, meleleh pulak.

Now , masa untuk balutkan dengan kulit popia pulak. 
  1. Memula pecahkan telur ke dalam inti tadi. Pastu masukkan daun bawang yang dah di potong halus, masukkan juga bawang goreng. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Ambil kulit popia, letakkan di tempat yang rata (jangan terus letak atas kuali, nanti tak sempat nak letak inti kulit popia tu dah masak dulu)
  3. Letakkan inti dalam 2 sudu ke atas kulit popia, then lipat segiempat.
  4. Teruskan letak kan ke atas kuali panas yang berisi minyak (minyak tu sikit je tau)
pecahkan telur, daun bawang, bawang goreng then gaul sebati

letak 2 sudu inti ke atas kulit popia, then balut jadikan segiempat

 letak ke atas kuali leper , aku pakai pemanggang ajaib. letak minyak sikit.

taraaaaa……inilah hasilnya murtabak mini aku.


Dulu masa aku dgn abi Aimi bukak kedai, aku jual benda ni. Memang laku, tapi penat la buat sebab makan masa gak nak buat satu persatu. Ape pun selamat mencuba ya :)


Nota kaki: Aku tak letak daun kari sebab, daun kari tak ade…Huhu….yang daging tu, aku suka pakai daging burger je..senang, sebab ambil je bape keping nak pakai. Macam yang aku buat ni aku guna 2 keping daging burger, pehtu aku hancurkan. Daun bawang pun aku tak letak sebab lupa beli. Kalo letak memang sedap dan bau wangi murtabak korang. Jiran sebelah bau pun boleh terlio. Banyak bahan aku tak letak, tapi aku share resepi penuh dengan korang sume.

Dendeng Daging Goreng Berlada

Peh….tajuk entry je dah sedap.
Ha, x pernah2 aku share resepi masakan dalam ni kan?
Sebenarnya banyak je resepi aku nak share especially bulan2 pose ni, macam2 menu kitorang adik beradik masak bila berkumpul ramai2. Tapi aku yang maleh nak up. Kerajinan nak edit pic tu blom mariiii…Pic banyak je aku dah amek.
So, ari ni rase teringin lak nak share ngan korang2 semua. Bangun pagi tetibe aku dah terbayang berbuka nanti makan nasi lauk dendeng daging dengan gulai pucuk paku pun sodap ni. Kene lak ngan nasi panas kan? Peh!!…peh!!….terangkat beb. Terus aku pegi kedai cari bahan2.

Bahan2:
  • 8 biji lada merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 500g daging batang pinang
  • garam secukup rasa
  • limau purut
Cara masak:
  1. Memula rebus daging tadi dengan bawang merah dan bawang putih yang dah di blend sampai empuk.
  2. Bila dah empuk, tos kan dan tunggu sejuk seketika.
  3. Sementara sejuk, blend lada merah, bawang putih dan bawang merah tadi
  4. Kemudian dah sejuk daging tadi, di hiris nipis2.
  5. Goreng daging yang dah dihiris sehingga garing
  6. Tumis bahan2 yang dah di blend tadi, tumis hingga terbit minyak. Bubuh la garam secukup rasa dengan perahan air limau kalo nak lagi sedap.
  7. Lastly masukkan daging yang dah digoreng tadi.
  8. Kacau-kacau, siap.
hiris nipis2 daging yang direbus sampai empuk

 blend lada merah, bawang putih, bawang merah, 
aku campur cili hijau 4 batang bio kick rasa die.

 goreng daging sampai garing

taraaaa…ini lah hasil nya..bagi besar sikit pic nya supaya korang pun terlio sama macam aku, Bhahahaha….


Di saat entry ini di up, dendeng daging ni dah aku siap masak. Gilerrr tak sabo kan? Waktu berbuka lambat lagi. Time aku tulis ni dah terbayang-bayang kesedapan nya macam aku makan mase kat opis ari tu. 

Menu kitorang ari ni, nasi putih + dendeng daging goreng berlada (aku ler jadi chef) + gulai pucuk paku (air tangan mak aku) . Mee rebus (chef: akak aku) + murtabak mini (aku juga chef nya) + karipap sardin (pun aku jugak chef nya) + pengat sagu pisang ( air tangan mak aku)

Karipap aku dah siap buat, tinggal goreng. (faveretto abi Aimi ni)
Murtabak mini, inti pun aku dah siap masak. Tinggal nak goreng jugak. (dah lama aku tak buat murtabak ni)

Banyak tak menu kitorang? time ramai2 je boleh masak cam ni, time ber 5 je kat uma ari2 telor ngan sambal ikan bilis..kehkeh...