Monday, June 23, 2014

Kemanisan sebuah S.A.B.A.R

Alhamdulillah…alhamdulillah……alhamdulillah….

PadaMu ku panjatkan kesyukuran. Terima kasih Ya Allah atas segala yang telah Engkau aturkan sejak di Loh Mahfuz. Hanya Engkau yang lebih mengetahui.. Rahsia Mu, aturan Mu sangat indah..

Namun tidak pula Engkau biarkan rahsia itu menjadi rahsia sepenuhnya, Engkau beri pelbagai cara untuk kami rungkai rahsia itu.

Malam ni entry agar kerohanian sikit.

Sebenarnya pengakhiran 2013 amat mengecewakan bagi aku. Allah uji aku dengan ujian yang maha hebat. Tak perlu aku story ujian ape. Yang pasti ujian itu memberi banyak erti. Dan hari ini, Allah telah perkenankan segala rintihan aku selama ini. Rahsia nya, hanya melalui S.A.B.A.R

Ujian itu datang dalam pelbagai cara. Ia merupakan tarbiyah dari Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Sangat manis S.A.B.A.R itu bg seseorang yg sentiasa yakin dengan ketentuan Allah.

Semenjak perkära itu, aku sentiasa berdoa agar Allah kurniakan aku nikmat untuk mensyukuri. Sebenarnya jarang sekali tidak pernah, kita mensyukuri setiap ujian yang diberi. Tapi aku sangat2 bersyukur, sebab byk perkara yg aku pelajari disamping aku dapat perbaiki segala kekhilafan aku selama ini.

Yang pasti ujian itu, merupakan tanda yg Dia syg pada aku. Dia tidak biarkan aku leka terlalu lama. Ya, aku sangat bersyukur. Tidak semua wanita di uji perkara seperti itu. Dan aku diuji ketika aku masih muda, memang aku tersentap pada mulanya.

Akibat dari ujian itu, aku kembali muhasabah diri. Perbaiki kelemahan diri, aku mula meningkatkan kembali segala amalan yang terkurang selama ini. Aku terima ujian itu dengan hati yang tenang, dada yang lapang, jiwa yang tenteram..

Luaran aku sentiasa lontarkan senyuman pada siapa pun yang memandang dan menegur. Aku pendamkan segalanya..Tapi hari ini, aku sangat percaya yang aku sangat kuat hasil dari ujian itu.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memilih aku untuk menerima ujian. Tandanya Engkau mengingati aku dan ingin memgingatkan aku. Engkau "kejutkan" aku dari lena yang panjang.

Hidup tidak selalunya cerah dan indah.

Jika diuji, bersabarlah dan senyumlah.



No comments:

Post a Comment