unplanned aktiviti sebenarnya hari ni…
Tengah lunch, abi Aimi tanya ari ni nak buat ape? Laju je mulut ni cakap mandi sungai nak tak? Kebetulan lak cuaca siang tadi boleh tahan panas.. Lately ni memang bahang kan? Tido malam pun boleh berpeluh-peluh.. Lagi si Aimi, sensitif btol ngn panas.. Cepat je naik ruam kat bahagian dada die tu. Pastu bile berpeluh, bau mashammmmm je. Huuhuu…
So, dalam kol 3.00 ptg kitorang g la mandi sungai dekat Sg.Bil,Sg.Dara. Haha,,,,jangan ingat kitorg g 2 sungai plak ye.. memang nama sungai tu Sg.Bil dan area Sg.Dara. Ada la dalam 20km dari rumah. Kitorang pergi ber 6 oang..abi Aimi, aku, Aimi, ateh, pak teh ngn cik jaja.Kebetulan adik yg stay kt penang balik ngn husband die.
Actually last week da pegi, tapi masa tu pegi da petang-petang dalam kol 5.00 lebih… So, air masa tu memang sejuk tahap gaban la.. Pegi yg kol 3.00 ni pun da sejuk giler…Masa last week tu, Aimi menangis-nagis, takut.. Cam tak caya lak aku, sebab Aimi ni paling pantang jumpa air..Kat uma kalo mandi, aku belom masukkan air dalam besen, die da masuk dulu.. Pastu berejam-jam la die mandi.
Sampai je kat situ da banyak kete yg parking. Meriah la…Cari port mana nak landing…
Beauty of nature. Cantik kan? Kat kampung je dapat hirup udara yang tenang macam ni.. Apatah lagi bile da penat ngn life KL. Last aku pegi sebelum last week tu masa sek rendah. Lama giler da… Syukur Aimi masih boleh merasa suasana macam ni. Syukur jgk aku n abi Aimi sama2 asal dari kampung. At least raya, merasa balik kampung.. Coz ade member yg pior duk KL..So, bila raya aktiviti diorang pegi tengok wayang masa 1st raya… Cam sedih je kan?
Kali ni pun sama macam last week.. Memula bawak masuk dalam sungai menagis-nangis…kemain kuat lagi die bergantung kat abi tu. Terpaksa cari idea macam mana nak bagi die main dengan air.
Air sungai ni memang sejuk giler… Kalau air kat uma tu je abi Aimi cakap da sejuk apatah lagi kat sini. Aku sendiri pun tak tahan.
Ha,,,,lastly senyum gak budak ni…Da seronok dapat main air, tapi kaki and tangan tu still nak bergantung gak kat abi.
Ateh, pak teh and cik jaja da sampi ke sana ha… dalam sikit kalo nak ke sana…aku takap tepi-tepi sungai boleh la. Aku terus terang memang tak reti berenang. Bhahaha….
Sampai kecut Aimi berendam, menggigil-gigil..
Pic aku memang x de la, mata sebelah de infecction lak….da bengkak sebelah..
Ada la dalam sejam kitorang kat situ, then terus balik.. perot da lapo..
Sampai uma, tetibe abi Aimi " eh! selipar saya mana? " …. pulak dah… terpaksa pegi balik ambik selipar tu. Sampai sana nasib baik ade.. Sayang katanya sebab sedap di pakai + beli lak masa g padang besar ari tu.
No comments:
Post a Comment