Monday, August 25, 2014

Satu Malam Tanpa Aimi

Untuk pertama kalinya semenjak lahirnya Aimi dari umur sehari sampailah sekarang dah setahun 3 bulan (lagi seminggu), malam tadi tido tanpa Aimi. uwaaaaa…….Berat hati nak tinggalkan Aimi.
Al-kisahnya, nak ajar Aimi untuk biasakan diri tanpa ada aku. Supaya next time aku dengan abi Aimi nak g honeymoon lagi senang. Hahaha…

Biasanya bila hari ahad malam isnin abi Aimi balik KL. Unless kalau tak ada apa2 benda yang penting,  malam tu abi Aimi akan tido Tg.Malim. Isnin pepagi tu baru kitorang akan pegi keje sama-sama. 
Kekadang tu aku goda2 gak supaya tido sini je, sebabnya pagi aku boleh pergi sekali. Bukan selalu nak feeling ade pakwe hensem anta g opis kan. Pehtu nanti dah sampai opis, boleh salam ciom tangan , kiss pipi ngan molot..Hahaha…i loikeee, korang tak yah nak geli sesangat la ek. phuiii, ade orang ludah. blueekk!bhahaha…..

So, taktiknya nak tinggalkan Aimi memule sebelum balik KL dalam pukul 8.30 malam bawak Aimi keluar pusing-pusing kejap. G bawak makan, bagi die makan kenyang-kenyang.. dah kenyang bile balik, breastfeed kan kejap lena la dak Aimi Naurah tu. Bila die dah kenyang, sekejap je die bergayut.
Dalam pukul 10 lebih kitorang gerak balik KL. tapi sebelum nak gerak balik tu, hati aku dah sayuuuuuuu…. Lama aku ciom2 die, rasa macam tak puas je. Bukan nak g jauh sangat pun. Esok petang dah jumpa semula. Abi Aimi dah perli-perli aku. Siap cakap Aimi ok je, ummi yang lebih-lebih touching. Of course la b.. Tak pernah kot tido malam tanpa die. Nak lagi dah faham sangat pe'el die macam mana. Tengah malam kalo tak terjage, merengek ek…ek…ek… nak susu memang tak sah. Boleh dikatakan bila malam Aimi memang akan kerap bangon nak susu, kekadang sekali menyusu sampai sejam. Camne tu nak tinggalkan?

Sampai KL dalam pukul 11 lebih. tapi sepanjang perjalanan tu hati dok ingat kat Aimi je. Macam mana la agaknya malam ni Aimi ye…abi Aimi senang je cakap nya, relax la. tak de apa2 la..Waaaa…cakap senang la. Awak tu seminggu 2-3 malam je tido sama-sama dengan Aimi. orang lelaki ni memang kan.

Sampai KL, aku call rumah kononnya nak tanya keadaan Aimi. Ok ke?Bangon ke?nangis ke? bepuluh kali aku call tak angkat. OK, maybe dah tido.. sedapkan hati. Tapi sudahnya pukul 1 pagi pun aku masih belom tido lagi. Abi Aimi kat sebelah dah lena di ulit mimpi sebab kali ni tido malam nya berteman dan untuk pertama kali sejak ade Aimi tido malam nya tanpa ade halangan di tengah2..hahaha…aku pun tak tahu jam berapa baru aku terlelap.

Pagi pun lepas dah siap2, try lagi call rumah. Pun tak berangkat. Sampai opis, aku try lagi call tapi kali ni call no hp akak aku. Sebab, biasanya dalam pukul 9 pagi tu akak aku memang dah ade kat rumah emak. Rupanya tepon rumah rosak. Langsung tak de bunyik walaupun aku call berpuluh kali.Mak cakap 3 kali jugak Aimi bangon. 
Budak tu bangon siap duduk dan tengok siapa yang tido sebelah die. Malam tadi tu adik aku dengan mak yang tido teman kan Aimi. Agaknya Aimi tengok orang lain, die tido balik tapi mak cakap terpusing-pusing jugak die. Pagi tadi pun die bangon awal pastu muke dah sedih2. Bila kakak sepupu die, Ajwa datang baru die seronok dah de kawan.

Hurm…dah kire berjaya percubaan pertama ni, abi Aimi suruh biasakan. Walaupun Aimi ok tapi rasanya naluri aku sebagai ibu ni belom ready sangat nak tinggalkan die lelame. touching lebih la ummi ko ni!


Friday, August 15, 2014

Ujian PAP SMEAR- saya sudah!

Hari ni aku buat ujian PAP SMEAR kat klinik kerajaan. Last week lagi nak buat sebenarnya, masa tu g klinik dah isi form, puan misi tanya bila last cik P habis. Kebetulan time tu baru habis 4 hari so x boleh la nak buat. Syarat die mesti habis cik P selepas 10 hari. Tak boleh buat seks dengan partner korang dalam tempoh 24jam. Tu yang puan misi bagi tarikh hari ni...Aku dah excited nak buat masa tu, ye la dah berbulan-bulan suh buat, baru sekarang get ready nak buat. Takot…hahaha..

Kejap je rupanya prosedur nya. Aku siap tanya lagi puan misi sakit ke tak? puan misi cakap tak cuma tak selesa je. Sengal kan….main boleh je tahan kalo sakit pun…hahahahah…oppss!!…budak bawah umo sila tutup mata ye...Ternyata bila dah buat memang tak sakit pun.

Mulanya memang aku malu giler. Aku rasa ramai lagi wanita kat luar sana yang belom pun buat ujian PAP SMEAR ni sebab MALU. Ye la, baring terkangkang pehtu tunjuk lak "kita punya" tu kat doktor/ misi dalam keadaan sedar. Memang sesuatu yang amat memalukan. Time bersalin dulu lainla, sebab dah sakit tak fikir ape da. Lagi pula kalo dapat doktor lelaki, comfirm aku request suh tukar yang satu jantina ngan aku. Kurang sikit malu. 

Hurm..tapi next time bersalin aku nak request doc perempuan. Bukan la pasal malu tu tapi sebab aurat. Walaupun dari segi perubatan dibenarkan tapi kalo de option lain, why not kan. Pengalaman bersalinkan Aimi masa tu memang tak de knowledge, then tak terfikir langsung pun pasal doc apa yang patut sambutkan Aimi. Memang khilaf aku la. 

Tapi, ujian PAP SMEAR ni sangat penting. Ianya mudah dan tak sakit. Kanser servik ni adalah kanser ke2 paling kerap berlaku dikalangan wanita. Boleh dikesan awal melalui ujian pap smear. Kalo terkena kanser ni boleh bawak maut beb!takot tak?ngeri tak? Ha,,g cepat2 buat. Aku tanya puan misi result bila keluar, die cakap dalam masa sebulan nanti pihak klinik akan call untuk inform. Kalo de masalah kena la buat 6 bulan sekali. Tapi kalo OK setahun sekali dah memadai. Hope so, result aku tu OK. Takut jugak ni.

 Perasaan time ni, nervous ada, takut ada, malu pun ada.

Alat yang digunakan, Vaginal Speculum ni la yang akan dimasukkan 
ke dalam alat sulit kita



OKE, aku share sedikit info tentang PAP SMEAR dan prosedur-prosedur untuk korang ya,

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?





















  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Rujukan.
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer








Thursday, August 7, 2014

Herb-Lax Shaklee penyelamat

Salam semua…
Sebelum tu nak bagitau la if korang nak dapatkan supplement kesihatan dari Shaklee boleh roger2 ye. Insha-allah harga-kasih-sayang aku bagi korang semua. Services pun comfirm tip-top-tak-menyesal. Hehehe…

Kat blog ni memang aku tak pernah pun share pasal produk Shaklee ni. Tapi malam ni rasa cam nak share info untuk korang. Rasanya ramai yang ambil mudah, tapi comfirm ramai yang menghadapinya. Aku nak share pasal Herb-Lax. Herb-Lax ni untuk orang yang ada sembelit, susah nak membuang. 

Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.

Yang seminggu sekali baru nak membuang. Ha….nampak macam perkara biasa kan? 
Korang pun mesti alami. Termasuk la aku ni. Memang tak malu nak ngaku punya. Walaupun aku Shaklee Distributor tapi aku tak pernah try pun Herb-Lax ni. Lain-lain supplement memang aku ambil especially untuk kulit dan breastfeeding. Sampai la suatu hari aku terbaca pasal satu article ni.


Mengikut kajian, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat enam hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus. 
Ini menyebabkan keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras.
Ini disebabkan usus hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil melalui saluran usus yang sempit.
Akibatnya kebanyakan daripada kita mempunyai masalah sembelit.



Relax lagi baca….sebab ramai je ade masalah nak membuang. Bukan aku je..So, ambik mudah je benda ni. Sampai la plak aku nampak satu picture ni.


Ha…..takut tak? sampai kene bedah usus tu bila da masalah sembelit tu terlalu kronik….eeeeeee, mak takut!!! tidak!!tidak!! aku pun cecepat amalkan Herb-Lax sejak dari tu. Alhamdulillah sangat membantu. Selain dari atasi masalh sembelit, banyak lagi kebaikan Herb-Lax ni. 

Antara kebaikan-kebaikan Herb-Lax adalah:


Herb-Lax ni tak perlu makan hari-hari sebabnya tak nak la nanti perut tu jadi manja sangat. Terlalu bergantung kat Herb-Lax ni je, asal nak membuang je cari benda ni. Tak bagus pulak kalo jadi macam tu.

 Memadai kalo ambil 3biji untuk 3kali dalam masa seminggu. Herb-Lax ni bekerja dalam masa 8 jam selepas ambil. Comfirm tak akan mengalami cirit-birit macam teh orang kampung. 
Bukti nya? sebab aku sendiri makan. Hihi

Ada consumer cakap, bila membuang puas. " Selambak" je keluo nya. Korang gelak? eyh!, kalo orang yang memang de masalah sembelit tetibe membuang macam tu memang syiok habis kot. Legeeeee…. hihi…

OK la, aku pun tak nak cite bebanyak. Kalo korang de masalah sembelit ni cepat-cepat wassap aku. Aku sedia membantu korang. If korang beli dengan aku atau nak guna ID aku, aku akan bg free consultant kat korang.
So?ape lagi meh wassap aku 013 599 1066.

Raya-salam-kosong-kosong

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, trend tahun ni salam kosong-kosong. Kemain ringkas lagi nak minta maaf, ngan aku2 pun terikut sama ayat tu… kalo dulu " saya minta maaf kalo selama ni ade salah dan silap, terkutuk, terambil dan segala terrrr la…."
hahaha, kemain kuat pengaruh TV ni. Kan? tak kisah la kan….yang penting hati tu ikhlas minta maaf. 

Neway tak terlambat lagi kan nak wish…raya sebulan kot….hehee…cuti raya seminggu, isnin da start masuk opis..tapi mood still lg mood raya…so bila masuk opis pun lemau je jadinya….ni pun dari sehari-ke-sehari nak update entry terbaru.

OK tak yah buang masa nak intro panjang2…1st raya tu, kami beraya di kampung aku. Actually tahun ni turn kampung abi Aimi tapi sebabkan Sabtu raya ke-6 ada wedding kawan abi Aimi maka tanpa berbincang dengan aku, abi Aimi terussss baik je nak bagi turn pd aku. Yang tak adil tu raya 1st tu gak nak gerak balik kampung abi Aimi dekat Johor...Kemainnn baik je die pancing, dalam diam da buat plan sendiri. Nasib baik la aku mengenang kan sepanjang bulan puasa da memang kat Tanjung Malim je, so redha je. 

Malam raya tu tetibe badan Aimi panas…Sabtu tu badan Aimi tumbuh bintik2 merah macam kena gigit nyamuk.. Aku dah syak Aimi kena chicken pox. rasa down gak la sebab aku dah berangan kecomelan Aimi akan terserlah bila pakai baju2 raya semua..hahaha, poyo kan…sape lagi nak puji?hehehe…
So malam-malam raya tu kitorang bawak Aimi pergi klinik. MO suruh pergi hospital untuk ambil darah untuk comfirmation, tapi abi Aimi tak nak. Takut Aimi kena tahan ward, kang tak jadi beraya kat Johor. Ceghedik kan?

Muka Aimi masam je sebab badan tak sihat

Pagi raya tu lepas sembahyang raya, makan-makan, salam-salam dalam pukul 11 jugakla kitorang bertolak. Sempat jugakla pagi tu aku bersilat kejap kat dapur. Kitorang terus ke Melaka kampung arwah ayah. Da memang tiap tahun raya 1st lepas berkumpul kat Johor, family abi Aimi akan beraya kat Melaka. 

Meet point dekat Melaka. yang baring dekat kaki abi Aimi tu adik yang no-4 Cikgu Ijan, aimi panggil ancik. Yang tergendeng tu adik no-5 Apip @ adik @kodek masih study dekat UIA. Aimi panggil ateh.

Selesai berkunjung ke semua rumah saudara-mara belah arwah ayah dekat Melaka, dalam pukul 9 kitorang gerak balik ke Johor. Sebelum tu, sampai kat Muo kitorang pergi Hospital nak check Aimi. Doc cakap memang Aimi kena chicken pox. Kesian Aimi, dah menggaru je keje nya. Kesian gak kat aku dengan abi Aimi. Aimi ni punya pe'el kalo tak sihat die tak nak ngan sapa2. Pantang kitorang hilang, mula la nak menangis. Dah aku langsung tak boleh nak nolong buat keje. nak kena duduk je depan die. Yang bagus nya plak walaupun tak sihat Aimi ni tetap aktif. Melasaknya sama je macam sihat. Tu yang aku rasa lega.

Dah start nak tumbuh dekat muka. Style baru bila nak bergambo, 
macam gini la ghupe  nye. Lawo sangat la tu…

Dah pandai salam dengan orang. 

Ni nenek abi Aimi, Pn. Rosmi. Aku panggil embah, abi Aimi panggil mak. Aimi plak panggil yut (buyut). Rumah embah sebelah rumah MIL je. Hari biasa embah tinggal dekat rumah ibu, raya ni embah "balik kampung" juga. hehehe….Alhamdulillah masih sihat wal'afiat lagi embah ni, cuma kaki je dah tak berapa kuat. Walaupun  dah uzur, embah tak pernah tinggal solat. Cukut jaga waktu solat nya. Semoga embah dipanjangkan umur dan sihat wal'afiat hendaknya. Ramai lagi cucu-cucu belom kawen, harapnya sempat tengok sampai ke cicit. Amin…

Aimi dah kepenatan..sebijik gaya tido cam abi die, da tido tak sedor ape2.


   Pic family sebelah aku ramai2 banyak tapi masih belom sempat nak transfer ke lappy. Pic raya dengan family abi Aimi pun masih dekat kedai lagi. Tu pun pergi tangkap masa raya ke-2. Kebetulan tahun ni semua adik-beradik abi Aimi ada. Bukan senang nak dapat complete macam tu. Family aku plak ateh yang tak sampai lagi. So layan pic kitorang anak-beranak je la ye. 

Btw both our family banyak persamaan. Adik-beradik kitorang ada 7 orang. Aku dan abi Aimi, kitorang sama2 anak ke-3. Yang sulung sebaya. Yang 2nd pun sebaya. Yang 3rd kitorang pun sebaya juga. yang ke-4 ade beza umur. Yang ke-5 pun sebaya. Along (kakak abi Aimi) dengan ateh (adik aku) sama2 berkhidmat dengan kementerian kesihatan sebagai Misi, cume lain2 hospital. Banyak lagi persamaan dan kebetulan kitorang berdua ni. Tu la gamaknya jodoh panjang. dah 10 tahun kot…lamanya…alhamdulillah…moga2 sampai ke jannah hendaknya kita ni ye B...

Bulatnya aku…..

Tengok pic ni, rasa kecewa je…hakikatnya aku dah gemok. aish…..stress!!! 2 hari lepas timbang dah 55kg. OMG!…terserlah kebulatannya dekat pipi tu. siang tadi pun aku asyik dok belek muka kat cermin je…da nampak double chin tu. tak boleh jadinya..alahai….camne nak diet? weekend sepanjang bulan syawal ni pack dengan open house. hujung minggu ni aje hari sabtu ade wedding officemate, petang tu ade open house…ahadnya pun ade open house jugak…uwaaaaaaaaa….