Wednesday, May 14, 2014

Free Sample

2-3 minggu lepas saja lah try google website produk-produk Malaysia macam pampers baby, susu formula tu. Mana yang boleh get free sample tu, saya redeem la. Kalo dapat, dapatla. Memang banyak gakla la yang saya request. Jadi cam addicted plak. Hehe.. Minggu ni, abang posmen hantar sample-sample yang saya request tu. kebanyakan nya susu formula yang 1 tahun keatas. Since Aimi pun akan genap setahun bulan Jun ni, boleh la simpan dulu sementara tunggu masa yang sesuai untuk bagi. Sajalah request susu formula yang ada kt Malaysia ni, nak tengok mana yang sesuai untuk Aimi. So far, sampai sekarang Aimi still fully BF.
Ni free sample yang 1st dekali saya dapat. Dalam kotak ni ada 4 peket. Dalam kotak tu ada 4 paket. Masa request tu ada pilihan nak susu Anmum Materna ke, Lacta ke or Essential. Masa time preggy dulu memang minum Anmum Materna ni yang coklat. Ingat lagi, masa tu kalau nak minum mesti bancuh siap-siap masuk kan dalam fridge, nanti dah sejuk baru minum. Hahaha, punya lah tak suka minum susu. Tapi sebab fikirkan baby dalam perut gagahkan juga. 4 -5 kotak juga habis masa tu. Tapi memang bagus Anmum Materna tu, bila baby keluar tulang jadi kuat. Kalau nak request boleh cuba ya. Sekarang ada promotion untuk Anmum Essential ni. Kalau mommies kat luar sana tu memang bagi si manja produk ni, boleh la cuba contest ni. Boleh dapat Microwave. Hehe…
Yang ni dapat 2 set Friso, dalam tu pun ada 4 peket juga untuk umur 1 tahun dan ke atas. Yang atas sekali tu pampers orang dewasa. Sila abaikan..Hahaha…. Boleh cuba request untuk yang Friso OK. Nanti kalau free sample yang lain dah dapat saya share lagi ea. Masih banyak lagi belum dapat. :)

No comments:

Post a Comment