segala kepahitan dan dugaan telah puas kutempuhi... segalanya menuntut kesabaran...akhirnya...kebahagian yg ku cari telah ku temui...kedamaian hati yg ku harap agar sentiasa berkekalan...mudah~mudahan...
Saturday, March 20, 2010
Disebalik daun sirih yang kelat.....
Daun sirih, daun yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Apabila disebut sahaja tentang hantaran, tertentu daun sirih yang segar menjadi ingatan. Rasa kelat dan payau amat sinonim dengan daun sirih yang menjadi kegemaran orang dulu-dulu ketika bermadah untuk meminang si dara sunti.
Rasa tersebut tetap dirasakan sedap apatah lagi setelah dicalit dengan segala intinya seperti kapur, gambir dan buah pinang. Sudah tentu bicara dan patun mengusik menjadi makin segar dan meriah. Kini daun sirih tidak hanya menjadi santapan tetamu dan tuan rumah malah menjadi penyambut kala rombiongan lelaki bertandang tanda gembira dan mengalu-alukan tetamu.
Yang lebih menarik, selain menjadi penanda adat, daun sirih sebenarnya kaya dengan khasiat yang jarang diketahui.Antaranya:
1. Tegangkan payu dara
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telahg disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun sirih telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkan ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lalukan dua atau tiga kali seminggu.
2. Ari-ari pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah kepada tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
3. Hidung berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit di bahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meniggi.
4. Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada hitam dicampur dengan minyak kayu putih secukupnya agar sbati.Sapukan pada dada pesakit serta leher dan amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
5. Sakit mata
Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan ke dalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan sehingga suam-suam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta lelip-kelipkan mata. Buat berulang kali sehingga sembuh.
6. Kenikmatan zahir batin
Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi , lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat dan minyak lenga (minyak bijan). Kesemua bahn tadi digiling lumat. Selepas itu simpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh sapukan minyak tadi pada alat kelamin lelaki bagi memberi kepuasan kepada pasangan anda.
( sumber dari Pesona Pengantin/ Februari 2010 )
p/s: kepada bloger2 di luar sana yang mengetahui khasiat daun sirih selain dari yang di sebut di atas, di alu-alukan untuk berkongsi dengan bloger2 yang lain. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment