Monday, March 22, 2010

Coklat untuk Gairah Seks dan Simbol Cinta








Alasan mengapa banyak orang memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Hal ini disebabkan kerana coklat memiliki tekstur yang lembut dan akan cair secara perlahan saat dikulum dalam mulut. Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang memakannya. Selain itu, coklat dapat memberikan efek nyaman, rileks dan dapat meningkatkan gairah seksual.

Rasa nyaman yang ditimbulkan setelah menikmati coklat bukan hanya perasaan saja, kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan menghasilkan perasaan nyaman seseorang. Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat. Efek ini juga boleh diperoleh dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat lainnya dari theobromine adalah dapat meredakan batuk.

Terkandung pula phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta.

Saturday, March 20, 2010

tanda-tanda anda jatuh cinta...


1. anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. anda akan sentiasa merinduinya tidak kira waktu, saat atau ketika.

3. apabila berjalan dengandia, anda akan berjalan dengan perlahan dan berharap detik itu akan sentiasa berulang di dalam hidup anda.

4. anda akan tersipu-sipu malu apabila anda bersam dengannya.

5. apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekililng anda. anda cuma melihat dirinya seorang sahaja.

7. anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

8. anda akan sentiasa terhidu baunya.

9. anda akan melakukan apa-apa sahaja untuk dirinya.

10. anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang dirinya.

11. apabila anda membaca artikel ini pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran ada.

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH



Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui
kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang
dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa
dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya
bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63
petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari
rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4.. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah
sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition)
perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan
sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah
semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.



Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak
cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin
tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi
sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Mengapa WANITA sangat Istemewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...
ishh. ...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....

alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...

hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang.. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ....g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...

owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat
indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...

Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv...."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni,bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA
NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...


Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Disebalik daun sirih yang kelat.....




Daun sirih, daun yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Apabila disebut sahaja tentang hantaran, tertentu daun sirih yang segar menjadi ingatan. Rasa kelat dan payau amat sinonim dengan daun sirih yang menjadi kegemaran orang dulu-dulu ketika bermadah untuk meminang si dara sunti.
Rasa tersebut tetap dirasakan sedap apatah lagi setelah dicalit dengan segala intinya seperti kapur, gambir dan buah pinang. Sudah tentu bicara dan patun mengusik menjadi makin segar dan meriah. Kini daun sirih tidak hanya menjadi santapan tetamu dan tuan rumah malah menjadi penyambut kala rombiongan lelaki bertandang tanda gembira dan mengalu-alukan tetamu.
Yang lebih menarik, selain menjadi penanda adat, daun sirih sebenarnya kaya dengan khasiat yang jarang diketahui.Antaranya:

1. Tegangkan payu dara
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telahg disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun sirih telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkan ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lalukan dua atau tiga kali seminggu.

2. Ari-ari pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah kepada tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

3. Hidung berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit di bahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meniggi.

4. Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada hitam dicampur dengan minyak kayu putih secukupnya agar sbati.Sapukan pada dada pesakit serta leher dan amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

5. Sakit mata
Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan ke dalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan sehingga suam-suam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta lelip-kelipkan mata. Buat berulang kali sehingga sembuh.

6. Kenikmatan zahir batin
Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi , lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat dan minyak lenga (minyak bijan). Kesemua bahn tadi digiling lumat. Selepas itu simpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh sapukan minyak tadi pada alat kelamin lelaki bagi memberi kepuasan kepada pasangan anda.

( sumber dari Pesona Pengantin/ Februari 2010 )

p/s: kepada bloger2 di luar sana yang mengetahui khasiat daun sirih selain dari yang di sebut di atas, di alu-alukan untuk berkongsi dengan bloger2 yang lain. Selamat mencuba.