Friday, October 3, 2014

Kaedah Memenuhkan Simpanan Haji

Assalamualaikum semua…

Lagi 2 hari je nak sambut hari raya Aidiladha. Seronok betol kalo ade ahli keluarga yang dapat pergi haji tahun ni kan. Dapat diorang beraya kat Makkah, tertunai dah impian kita. Ce bayangkan kalo diri kita yang dapat pergi, mesti lagi seronok kan? 

Memang seronok sangat2 pergi sana, perasaan tu tak boleh nak gambarkan dengan apa2. Jun 2010 aku pernah ke sana mengerjakan umrah sambil berjalan ke Jordan. Sejak tu memang aku dah berazam nak pergi ke sana dengan abi Aimi kalo kitorang ade jodoh..Masa tu, belum kahwin lagi..Hope tercapai impian aku tu. So camne nak bagi tercapai jap gi aku cite ye.

Tapi 1st step yang aku buat ialah daftar haji terlebih dahulu dengan pihak TH. Kiranya gunakan sistem Muassasah, tahun 2067 M….lama beb tahun kitorang terpanggil nak tunaikan haji nanti. Dekat umo 90 da kalo betol ikut giliran Muassasah ni...Dengan Aimi pun aku daftarkan sekali. Pendaftaran Haji u'olls kene ade rm1300.00 dalam akaun. Then nanti TH akan lock kiranya sebagai deposit la dan duit tu tak boleh dibawak keluar.

Memandangkan sekarang ni keje aku adalah untuk mempromosikan Pelan Simpanan Haji dan Umrah (MABRUR). So aku pun tak lepaskan peluang untuk sertai pelan MABRUR ni. Dengan harapan bolehla kitorang suami isteri tunaikan Haji cepat sementara badan masih kuat. Apa yang aku nak cakap pelan MABRUR ni memang sangat2 bagus, rasanya belom ade lagi produk simpanan yang terbaik especially dalam melibatkan perjalanan kita menuju ke Illahi. Sebabnya dengan pelan MABRUR ni boleh percepatkan untuk pergi Haji. 

Pelan ni akan membantu memenuhkan simpanan haji korang. Pelan ni, die bagi dana secara percuma. YES!FREE oke.Yang akan di auto-credit ke akaun korang secara peringkat berperingkat setiap tahun. So, untuk dapatkan dana tu korang kene buat saving. Jumlah dana yang korang pilih tu akan menentukan berapa saving yang korang perlu simpan dengan pihak Etiqa mengikut umur dan jantina.
Yang aku suka dengan pelan MABRUR ni ialah, korang:

 PASTI HAJI walau ape berlaku, samada dikerjakan sendiri@melalui badal haji sekiranya  sakit, meninggal dunia @ hilang upaya kekal.

Nampak tak tagline MABRUR ni? agak-agak kalo sekadar simpan biasa2 kat TH macam gitu je boleh dapat ke? Kalo pun saving korang dah penuh, silap hari bulan pewaris korang dah berebut-rebut nak duit tu. Korang pun tak boleh nak buat ape, da tak de time tu..Senyum je la kat atas langit tengok gelagat diorang...Pehtu tak de nya diorang nak buatkan badal haji untuk korang. Tak haruuuuu jadinya.

Ni serba ringkas aku bagitau..Nak lagi detail korang call/ msg/wassap je aku. Nanti kita boleh set appointment kat mane2 bile2 je ek. Aku terangkan lagi panjang lebar dengan korang.




Ketika ada antara kita yang sanggup melanggan siaran kegemaran secara bulanan, ada yang sanggup membeli rokok, mendapatkan rawatan kecantikan di spa mewah dan sebagainya. Tetapi apabila berbicara soal ibadah Haji, ada yang memberi alasan kami tidak tergolong dalam orang yang berkemampuan.

IDRIANIS MUHLIS
013- 599 1066


Wednesday, October 1, 2014

Minyak naik VS Naik Minyak

ohoiiiii,,,lame ny x update blog ni.. kesibukan yang melanda diri tahap maksima punya. Eh, tipu je sebenarnya…

Tak la sibuk mana, malas je lebih..bhahaha….banyak sangat halangan nya..Dengan line internet problem dekat 2 minggu.Nak g report TM, tak sempat2. La ni, dengan si Aimi Naurah yang da pandai berjaga malam..Kalo dulu lepas jam 8 malam dah aman bahagia utk aku ber'pesbuk, bersosial di alam maya. Sekarang ni jam 10 pun belom tentu nak tido..Keje ny keluo masuk bilik…Turun naik katil je. Letih aku.Ummi ko ni dah la keje dik. Tapi esok x keje! kalo tak mau rabak mata aku esok.

OK cukup pasal tu. Nampaknya malam ni tranding #minyak naik 20sen. Kecoh kat pesbuk dengan status naik minyak 20sen pehtu memasing upload gambar tengah tunggu turn nak isi minyak kat petrol pump. Petrol pump penuh sesak la, ade petrol pum yang tutup kemain awal pasal nak untung lebih esok la. Macam-macam…APTB.

Yang salah sorang bersesak tu termasukla abi Aimi…mujur takde pesbuk je orang tua tu, kalo tak sama jugak nak update. Argh!..,ala aku pun same jugak, pakat bukan aku yang pi isi minyak tu.bhahaha….

Bila minyak dah naik, mula la ramai2 naik minyak pasal lepas ni kompem segala benda akan naik…nak pulak dengan GST yang sedang rancak dilaksanakan. sah2 esok santan naik 20sen!…ohoiiiii, ahad nak raya..mak aku nak pakai santan 5kilo buat masak rendang. 

Tu pasal la malam ni ramai yang sanggup beratur panjang nak isi minyak pasal ramai yang nak balik kampung. Ibaratnya elok-elok RM100 duit minyak buat balik kampung, sape terlepas isi malam ni jawabnya melayang la RM200..banyak beza tuh hoiiiii. 

Memang terasa la bila everything naik rege. Especially bila dah kawen ni..Dulu time bujang, tak de terasa and fikir pun hal-hal cam gini. 

Patutnya kerajaan cari jalan camne nak kurang kan kos, ni makin lama makin naik. Esok sama2 dengar jelah ape alasan deme-deme yang berkaitan pasal isu kenaikan minyak ni. Tak guna bagi BRIM kalau kos hidup naik. 

Aku nak cite lelebih bab politik ni malas. Pasal politik pun boleh jadi gaduh. Jangan memain woooo..

Ape pun yang da naik akan tetap naik..Turun-turun memang tak de nya. Yang penting sekarang kena berusaha lebih lagi la. 


Nota kaki: rupe2nya gula sekampit RM2.85 ye, terkezuttt ai.